- You already mine sayang -
Isma merenung skrin telefonnya lama. Dia menghembus nafas lemah.
Dia bingung. Dia bingung sama perasaannya ketika ini.
"Kenapa aku dah tak ada perasaan langsung dekat Aira?" Soal Isma sendirian.
Entah kenapa perasaan cinta nya kepada Aira makin lama makin pudar. Makin hari makin hilang...
"Kenapa dia tak reply text aku eh? Dia busy sangat ke?" Soalnya lagi.
Petang semalam dia ada menghantar satu mesej kepada Aira dan Aira langsung tidak balas. Bukan sahaja tidak balas, baca pun tak. One tick saja.
Isma membuka conversation nya bersama Aira dan ia tetap sama.... one tick.
"Last seen yesterday, 2.00 a.m. Haih, mana you ni?" Pening Isma jadinya. Kalau nak tanya sama Puan Sri Alya, ibu Aira, takut lagi menjadi masalah.
"Ah, aku call jelah" Terus Isma membuat panggilan.
"Sorry, number you have dail not in the service. Thank you"
Tercegang Isma jadinya. Dia melihat skrin telefonnya dengan riak wajah tidak percaya.
"Not in the service?? What the... Aira tukar nombor fon dan dia tak bagitahu aku pun?" Mahu saja Isma mengamuk ketika ini.
Dia tidak penting kah dalam hidup Aira?
Ke Aira juga turut tiada perasaan terhadapnya juga?
Terus Isma bangun dari katil dan masuk ke dalam closet nya untuk bersiap. Dia perlukan jawapan!
Isma berhentikan keretanya di hadapan rumah agam milik keluarga Aira. Dia menarik nafasnya dalam - dalam terlebih dahulu sebelum menghembuskan nafasnya.
"Okay, jumpa dia dan bincang elok - elok. Jangan emosi" Pesan buat dirinya sendiri. Terus Isma keluar dari kereta dan menuju ke bahagian loceng rumah.
Isma menekan loceng rumah itu dan menunggu. Tiba - tiba pintu rumah dibuka dan tersembul wajah Puan Sri Alya yang sudah memakai tudung itu.
"Oh Isma, marilah masuk. Kejap mama bukak pagar" Puan Sri Alya membuka pagar automatiknya dari dalam rumah. Usai terbuka, terus Isma masuk ke dalam rumah itu.
"Assalamualaikum mama, maaflah saya datang tak bagitahu" Ucap Isma sebersalah. Puan Sri Alya menggelengkan kepalanya.
"Eh tak adalah, mama tak kisah pun. Ni datang nak jumpa dengan Aira ke?" Soal Puan Sri Alya.
Isma mengangguk. "Aira ada kan? Saya tengok kereta dia ada" Tadi sempat Isma perasan kereta Mini Cooper merah milik Aira yang berada di garage.
"Haah, dia ada. Kejap mama panggil dia" Puan Sri Alya mula menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Sementara itu, Isma duduk di sofa yang berada di ruang tamu itu sambil membelek - belek telefonnya.
Sedang Isma membelek Instagram, namanya diseru dari belakang.
"Tengku Isma Mikhael" Panggil Aira mendatar.
Terus Isma menoleh ke belakang dan dia lihat wajah serious Aira. Dia melihat penampilan Aira ketika ini.
Hoodie over size dan memakai penutup kepalanya, talinya kemas di dagu. Seluar palazzo hitam dan memakai stokin pink.
Aira mula menapak keluar dari rumah. Terus Isma mengikut langkah Aira itu.
Aira duduk di meja lepak di halaman rumahnya. Itu sahaja tempat yang sesuai untuk mereka berbincang.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...