MIM 4

95 2 0
                                    

- You already mine sayang -

Iman membetulkan sedikit purdahnya lalu mengambil beg tangannya.

"Hmm apa lagi eh" Gumam Iman sambil memandang kertas yang penuh dengan senarai barangan rumah yang perlu dibeli.

"Hm tak apalah nanti tanya diorang nak apa lagi" Iman menyimpan kertas senarai barang yang perlu dibeli nanti dan telefonnya di dalam handbag nya lalu keluar dari bilik.

"Jom" Ajak Iman pada Intan dan Safiyya yang berada di ruang tamu. Iman berjalan ke arah pintu sebelum dia berhenti.

Dia menoleh ke belakang lalu dia mengerut kening. "Mana Aleeya?" Soal Iman.

Intan membuat muka bosan. "Akak lupa ke? Kan dia ada group discussion" Jawab Intan malas.

Iman menampar dahinya perlahan. "Alahai, akak lupa pulak. Dah la, jom" Terus Iman membuka pintu dan keluar dari rumah.

"Tula, usia dah meningkat tu cepat lupa. Tapi sayang, still single" Kutuk Intan perlahan. Sayangnya, Iman mendengar kutukan Intan itu.

"Kau cakap apa tadi?" Tanya Iman dengan nada tenang. Padahal dalam hati sedang membara api.

"Takde apa pun" Terus Intan mengambil sandal nya lalu menyarungkan di kakinya. Dia berlari sedikit ke arah penumpang hadapan kereta Iman itu.

Iman menggulingkan bebola matanya menyampah. Iman mengunci pintu rumah terlebih dahulu sebelum berjalan ke arah kereta.

Iman menggelengkan kepalanya melihat Intan dan Safiyya yang sedang bergaduh itu.

"Eeee bagilah pia duduk depan!" Rengek Safiyya.

"Eh mana boleh! Pia dah selalu duduk depan! Kalini bagi akak lah duduk depan!" Bantah Intan sekerasnya.

Mereka saling bertatapan tajam. Iman masuk di bahagian pemandu lalu menghidupkan enjin kereta. Iman hanya memandang sahaja Intan dan Safiyya yang berada di luar kereta itu.

"Pia duduk depan!" Terus Safiyya membuka pintu kereta. Belum sempat Safiyya mahu masuk, Intan mengangkat tubuh kecil Safiyya ke luar lalu Intan meloloskan diri ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup lalu Intan mengunci pintu itu.

"HAHAHAHAHAHA" Gelak Intan dengan ceria. Masam terus muka Safiyya jadinya. Eee benci! Dasar Kak Intan busuk!

Iman menadah tangannya lalu berdoa. "Ya Allah, kau berilah kesabaran yang tinggi kepadaku untuk menjaga dua anak syurga ini Ya Allah. Ameen" 

Ternganga Intan dan Safiyya yang baru masuk ke dalam kereta itu. "Akak?" Tanya Intan tak percaya.

Iman hanya membuat tidak tahu lalu membuka pagar rumah menggunakan remote pagar. Iman menukarkan gear kereta lalu kereta itu mula bergerak pergi.

Iman memandu kereta dengan tenang ditemani suara - suara dari corong radio. Adakalanya dicampuri dengan suara - suara sumbang Intan dan Safiyya yang berperang mulut itu. 

Bergaduh sebab apa? Jangan tanya.




Isma membuat muka bosan sambil mengikut Puan Zulaika dan Danish di hadapannya.

Tadi Isma dipaksa oleh Puan Zulaika untuk mengikutnya ke Pasar Raya Lotus. Kalau tidak waktu-waktu begini dia sudah berada di alam mimpi. Al maklumlah, hari minggu, iaitu hari Ahad. Apalah nasib.

"Mommy! lama lagi ke?" Tanya Isma buat kali ke seribu.

"Eh ikut jalah jangan banyak cakap!" Marah Puan Zulaika. Dia mengambil tiga botol sos cili, dua botol sos tiram, satu botol sos tomato dan dua paket kiub pati ayam. Kesemuanya diletakkan di dalam troli yang ditolak oleh Isma.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now