- You already mine sayang -
Aira menonton televisyen di hadapannya dengan senang hati. kepalanya sudah kosong ketika ini.
selepas kes dia pitam haritu, Tan Sri Fahrezzi menyuruh nya untuk mengambil cuti selama tiga hari. dengan itu, tiada langsung bantahan mampu di buat.
berani dia nak bantah? huwo bapak nya terlalu garang woo. Anas pun tak berani nak lawan apatah lagi dia.
dan lagi membuatkan dia bahagia, telefonnya dipegang oleh ayah nya. langsung dia tidak melihat telefon tiga hari ni.
pergh, nikmat hidup! tak adalah orang spam mesej dengan call. dan lagi penting, tak adalah dia kena fikir pasal Afiz.
ingat dia tak ada perasaan? sorry sikit, dia pun letih tau tak.
"HAHAHA kau dah kenapa patrick? HAHAHAHA" Aira tergelak kuat melihat terlatah patrick di dalam cerita Spongebob SquarePants itu.
Anas yang baru pulang dari kerja melihat telatah Aira itu tersenyum sedikit. Alhamdulillah, nasib adiknya sudah okay.
ni pun dia saja duduk di rumah keluarganya kerana dia risau akan Aira. dibuatnya adiknya murung, naya saja.
"so, apa jawapan nya?" Iman menyilangkan tangannya. dia melihat wajah Intan dihadapannya.
"Fakhrul." Intan mengetap bibirnya. dia sendiri pun tidak sangka akan jawapan istikharah nya itu.
Iman tersenyum manis. tangan Intan dipaut lembut. "Alhamdulillah, Allah dah jawab pertanyaan Intan."
Iman mengenggam lembut jari adiknya. Intan membalas genggaman Iman itu. tapi wajahnya kelihatan gelisah.
"ni awat gelisah semacam?" soal Iman pelik.
Intan makin tidak keruan. macamana dia mahu cerita kepada kakak nya tentang perkara yang berlegar - legar di fikirannya.
"akak, Intan nak cakap macamana eh?" Intan menggaru kepalanya.
"tak boleh cakap, lukis."
"ingat lawak lah tu?" Intan menjeling kakak nya. ha, elok sangat lah tu. orang tengah serius ni dia main - main pulak.
"hehe jangan lah marah. nanti cepat tua." Iman sengaja ingin menaikkan darah adiknya.
"akak!" marah Intan. pantang betul lah dia kalau cakap pasal tua. benda tu sensetif tau tak?!
"Hahaha" Iman tertawa suka. tangannya naik menutup mulutnya walaupun sudah dilitupi purdah.
"akakk, orang tengah serius nii. kang orang balik satgi." ugut Intan.
terus Iman membuat wajah cemberut. "ni Intan nak tinggalkan akak lah kiranya? dekat kedai makan ni sorang - sorang?"
"ha, tinggal lah. biar akak sorang je duduk sini. suami akak pun tinggal akak lama dekat sini, langsung tak datang sini." Iman berura - ura mahu merajuk.
Intan mengeluh dalam hati. haih, mak buyung ni lah!! gewram aque!
"akakkk" pangil Intan meleret. geram pulak dia.
Isma menapak perlahan ke arah meja yang diduduki oleh kedua perempuan itu.
Intan yang lihat kehadiran Isma itu lantas tersenyum sedikit. ah! ada back up!
"assalamualaikum." ucap Isma lembut. dia mengambil tempat duduk di sebelah isterinya.
Iman mendiamkan diri. terus, dia hanya melihat telefonnya sahaja. langsung dia tidak melihat dua insan manusia itu.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...