- You already mine sayang -
IMAN mencelikkan matanya. dia melihat sekeliling.
dia toleh ke tepi dan dia lihat wajah Isma yang sedang lena itu. tangannya naik mengusap pipi suaminya.
bibirnya mengukir senyuman tipis. air matanya jatuh berlinangan. akhirnya, dia kembali pada asal. di mana celik saja mata, wajah Isma terlihat dihadapannya.
Iman mengiring sedikit tubuhnya ke kiri lalu wajahnya di dekatkan pada wajah Isma. dia melabuhkan ciuman pada dahi Isma.
dia menatap wajah suaminya lama. dia ingin melepaskan segala rindu kepada suaminya.
Iman bergerak sedikit ke kanan untuk melihat jam yang berada di night stand.
5.50 a.m.
lagi sepuluh minit masuk lah waktu subuh. lebih baik dia siapkan diri untuk solat subuh.
baru saja dia ingin bangun, terdengar erangan kecil di sebelah. Iman menoleh kiri dan dia lihat suaminya terpisat - pisat menenyeh matanya.
"sayang.." panggil Isma perlahan.
Iman mengukir senyuman buat sang suami. "ya abang, Iman ada di sini."
Isma membuka matanya. "I'm not dreaming right?" soal Isma.
Iman menggelengkan kepalanya. "tak, abang tak mimpi. Iman ada di sini."
Iman membuka pelukan. menuggu Isma masuk dalam pelukan.
Isma tersebik lalu cepat masuk ke dalam pelukan Iman. dia menghamburkan tangisannya di bahu Iman.
"hiks.. hiks.."
Iman mengusap belakang badan Isma. rasa bersalah kian terasa. Isma mesti kesepian sejak dia tidak berada di sini, kan?
"shh, jangan lah nangis. Iman kan ada di sini." pujuk Iman lembut.
Isma melihat wajah isterinya. "abang masih tak percaya, sayang dah kembali pada abang. Ya Allah, abang bersyukur sangat."
Iman tersenyum manis. rambut Isma yang serabai itu dibetulkan.
"dah, Iman nak siap. subuh dah bak nak masuk ni." beritahu Iman. dia bangun dari katil.
Isma lantas bangun dari katil dan terus mencempung tubuh isterinya.
"jom! kita mandi sama - sama!" ajak Isma teruja. dia terus masuk ke dalam bilik air lalu pintu bilik air dikunci.
"abang!!"
PUAN Zulaika baru sahaja selesai menghidang makanan bersama mak senah, dia berlalu ke ruang tamu.
tiba - tiba pintu rumah diketuk. Puan Zulaika mengerut keningnya, siapa pula yang datang pagi - pagi ni?
takkan Naim kot? budak tu kata nak cuti harini, balik kampung katanya. ditambah pula hari ahad, cuti umum pulak tu.
Puan Zulaika pergi ke pintu hadapan, sempat tudung disarung takut - takut Naim yang datang.
buka sahaja pintu, dia lihat Isma sedang tersenyum ke arahnya. disebelahnya terdapat Iman yang turut kepadanya.
Puan Zulaika terkejut. "Isma, maira? kamu berdua dah berbaik ke?" soal Puan Zulaika tidak percaya.
Isma dan Iman menganggukkan kepala serentak. Puan Zulaika mengucap syukur.
"syukur Ya Allah. akhirnya, doa mummy termakbul juga." ucap Puan Zulaika.
Iman tunduk menyalami tangan Puan Zulaika, Isma juga begitu. Puan Zulaika mengusap lembut kepala anak dan menantunya.
"mari masuk, mummy baru je siap buat sarapan dengan senah. boleh kita sarapan sekali." ajak Puan Zulaika.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...