MIM 38

71 1 3
                                    

" فَاِنَّ مَعَ الۡعُسۡرِ يُسۡرًا "
" maka sesungguhnya beserta kesulitan ada kemudahan "
qs al - insyirah, 5.

2 bulan kemudian....

Iman merenung buku notanya. dia mengeluh sedikit. dia merenung pelosok kelas murid 6 tahun itu.

sungguh, dia malu pada anak muridnya akan peristiwa lalu. mesti ramai anak muridnya akan takut atau risau akannya.

"awat lah benda yang boleh settle kat rumah tapi sibuk nak masuk dalam skop kerja? buat malu lah" Iman mengusap mukanya perlahan.

mana nya tidak, Yasmin dan Qaireen memberitahunya bahawa ramai ibu bapa bertanyakan tentang Iman.

budak - budak kan? suka bercerita. lagi - lagi pasal aksi keganasan Isma terhadap Iman pulak itu. dah la depan budak - budak.

terus, Iman memberitahu di dalam group ibu bapa murid 6 tahun itu bahawa dia baik baik sahaja.

"Humaira" panggil Yasmin yang berada di muka pintu kelas itu.

Iman berpaling melihat Yasmin, "ya Yasmin"

"jom turun, Yasmin ada bawa makanan untuk sarapan. Yasmin masak lebih" ajak Yasmin.

mata Iman mula bersinar. lantas dia bangun dari meja guru lalu mereka berdua turun ke ruangan bawah.

Iman sungguh teruja kerana masakan Yasmin langsung tidak mengecewakan!

manakan tidak, ayah Yasmin merupakan seorang chef terkenal di restoren nya sendiri. Yasmin memang pakar dalam memasak tapi dia tidak mahu bekerja dengan ayahnya.

katanya dia lebih minat menjadi guru tadika. ayahnya langsung tidak menghalang malah menyokong minatnya.

how lucky you are, Yasmin :)

sampai sahaja di bawah, kelihatan sosok Qaireen sedang menyusun pinggan. mereka bertiga duduk di atas lantai sahaja disebabkan tadika itu tidak menyediakan meja makan.

meja makan kanak - kanak sahaja yang disediakan. huh swasta kedekut.

mereka mula menjamu selera. Yasmin membawa mee goreng yang digorengnya pagi tadi manakala Qaireen membawa kuih muih.

Iman hanya membawa diri sahaja. dasar!





Iman masuk ke dalam bilik mereka. tujuannya untuk memanggil Isma untuk turun makan sarapan.

"awak dah siap?" soal Iman lembut. kekuatan cuba dikumpul.

Isma hanya menjeling disebalik cermin itu. dia sedang mengikat tie di lehernya.

selesai, terus Isma pergi ke arah meja kerjanya untuk mengambil telefonnya serta beg kerjanya.

Iman hanya sekadar memerhati. Isma rasa diperhatikan itu terus menoleh ke arah Iman. dia melihat Iman pelik.

air mata Iman bertakung di kelopak matanya. dia rindu akan momen di mana dia akan mengikat tali leher buat Isma setiap pagi. manakala sang suami pula akan membisikkan ayat - ayat cinta buatnya.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now