- You already mine sayang -
setiap manusia mempunyai ujian masing - masing. ingat, Allah uji kita kerana kita mampu harunginya. stay strong.
Isma bermudar - mandir di hadapan bilik kecemasan. hatinya tidak tenang ketika ini.
"angah, duduk dulu." arah Puan Zulaika. dia tahu Isma gelisah tapi sekurang - kurangnya duduk lah dulu. janganlah halang orang lalu lalang.
Isma mengetap bibirnya. arahan dari Puan Zulaika diabaikan.
klak!
pintu kecemasan dibuka dan muncul seorang doktor perempuan. "keluarga Puan Humaira?"
Isma menghampirinya. "saya suami dia. kenapa dengan isteri saya? isteri saya selamat kan?" tanya Isma bertalu - talu.
Tengku Irfan mengusap bahu Isma perlahan. dalam hatinya sudah takut akan jawapan diberikan oleh doktor itu.
Doktor mengeluh sedikit. "maaf, Puan Humaira keguguran"
dang!
hampir terjatuh Isma jadinya. nasib Tengku Irfan ada di belakang untuk menahan tubuh Isma dari jatuh.
"ke- keguguran?" soal Isma tidak percaya. tubir matanya mula dipenuhi air mata.
"ini disebabkan oleh Puan Humaira terhentak kuat pada benda yang terlalu keras. dan ia memberi impak kepada kandungannya" terang doktor perempuan itu.
Isma menggelengkan kepalanya. air matanya perlahan - lahan jatuh membasahi pipinya.
Allah, itulah anak yang ditunggu - tunggu oleh mereka selama ini tapi nak buat macamana, takdir Allah.
"saya harap Tengku sekeluarga dapat terima berita ini dengan hati terbuka." doktor itu tersenyum hambar.
"Puan Humaira akan dipindahkan ke wad biasa kerana dia telah melepasi tahap kritikal. tapi buat masa sekarang, dia masih tidak sedarkan diri lagi." tambah doktor perempuan itu.
"saya minta diri dulu." doktor itu mula menapak pergi.
Isma meyandarkan badannya di dinding hospital. hatinya hancur apabila mendengar berita itu.
"angah, sabar ye nak?" pujuk Puan Zulaika. suaranya mula berbalam. dia pun sedih akan berita ini.
dia ingat lagi bertapa gembiranya anaknya apabila mengetahui bahawa ada malaikat kecil di dalam perut isterinya.
dan ini pengakhirannya, tapi siapa kita ingin melawan takdir? kita terlalu kerdil untuk melawan kekuasaan Allah SWT.
"mummy" panggil Isma lirih. tubuh ibunya dipeluk.
"my, angah takut my." beritahu Isma sebak.
Puan Zulaika mengusap belakang badan anaknya. dia hanya mendiamkan diri.
"angah takut apa yang jadi selepas ni. angah takut isteri angah tak boleh terima." adu Isma. dia teresak - esak menangis dalam pelukan ibunya.
"Insha Allah angah, Humaira boleh terima. kita hanya perlu berdoa banyak - banyak supaya isteri angah lembut hati untuk terima" pujuk Puan Zulaika.
Isma menganggukkan kepalanya.
Iman mencelikkan matanya. dia lihat siling putih di atasnya. dia menoleh ke kanan dan kirinya hanyalah kerusi dan sofa semata - mata.
Iman mula mengingati apa yang berlaku lantas memegang perutnya. dia menggigit bibirnya.
' Ya Allah, aku bermimpi ke ni? kempis? '
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...