- You are already mine sayang -
IMAN memicit dahinya. pening kepalanya ketika ini. telefon di atas meja dijeling sekilas.
"maaf, kalau pesakit covid - 19, kami tidak terima. puan pergi hospital lain ataupun pergi hospital kerajaan."
masih terngiang - ngiang suara itu. Iman sudah pening memikirkan hal itu.
"kita pergi hospital Selayang lah. lagi pun, kan Aira kerja situ. boleh lah sayang jumpa dengan dia." cadang Isma.
Iman melihat suaminya. "tapi, sia - sia lah bayaran yang abang buat untuk Iman bersalin dekat hospital tu. bukan sikit bang, beratus! tu pun baru deposit!"
"tak ada rezeki, sayang. biar lah, abang sedekahkan duit tu. abang rasa mana - mana hospital swasta pun takkan terima pesakit covid. lagi - lagi pregnant women." Isma menjawab dengan tenang.
dia pun sedikit terkilan dengan hal itu sebenarnya tapi nak buat macamana, sudah tiada rezeki. terima ajalah. lagi terkilan, dia tidak akan dapat menemani isterinya ketika bersalin. cukup membuatkan dia amat terkilan.
Iman hanya mendiamkan diri. tiba - tiba dahinya berkerut. tangannya memicit perlahan pinggangnya.
"lenguh pinggang?" soal Isma. tangan kanannya turut mengurut pinggang isterinya.
Iman mengangguk perlahan. sakit bukan kepalang, fuh! menyengat hingga ke ulu hati!
"sayang baring dulu, sayang tak boleh stress - stress. nanti babies pun stress juga. biar abang urut, eh." pujuk Isma.
dibaringkan tubuh isterinya dalam keadaan yang selesa. sebaik saja baring, Isma menyambung memicit pinggang dan kaki isterinya tanpa dipinta.
"abang, Iman nak minta abang janji sesuatu boleh?"
Isma sempat dilabuhkan ciuman pada dahi Iman. Iman yang rasa terbuai dengan urutan itu tapi dia cuba gagahkan diri.
"janji apa tu?" soal Isma.
Iman melihat Isma lama, berkira - kira mahu menyatakan atau tidak. Isma semakin resah melihat Iman hanya diam itu.
"say—"
"...... setia dengan saya hingga akhir nafas." terluah juga apa yang ingin dikatakan.
Isma tersenyum manis. "i will, sayang. abang akan setia dengan sayang walau apa - apapun terjadi."
"abang jangan sekadar cakap je, tau? dan abang jangan terlalu yakin tau. hati ni..." Iman menyentuh dada Isma.
"Allah yang pegang. Allah boleh membolak - balik hati kita. so, abang kena kuatkan iman di dada abang." pesan Iman lembut.
Isma menganggukkan kepalanya. "okay sayang, now tidur. sayang penat ni, biar abang urut sayang." arah Isma.
Iman hanya menurut. dia memejamkan matanya dan tidak sampai seminit, dia sudah berlayar ke alam mimpi.
sebaik saja mendengar dengkuran halus dari isterinya, Isma membaringkan dirinya.
tangannya menyelinap ke bawah leher isterinya lalu didakap. tidak rapat disebabkan ada 'manusia' di antara mereka.
tangan kirinya mengusap perut isterinya. tanda cinta mereka berdua. dia sangat bersyukur kerana hadirnya manusia - manusia kecil di dalam perut isterinya.
"Ya Allah, terima kasih atas kurniaanmu yang tidak terhingga. aku sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri sebaik ini dan zuriat di dalam perut isteriku. ampunilah aku kerana sebelum ini aku alpa. aku telah mengasari perempuan yang begitu baik. ampunilah aku Ya Allah." doa Isma. air matanya mula mengalir di pipinya.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romansبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...