MIM 25

70 1 1
                                    

- You already mine sayang -



Intan bermain telefonnya. disebelahnya Aleeya turut ada.

sekarang ini mereka sedang menunggu kehadiran Afiqah, Aina dan Laila.

"ish mana diorang nih? lagi sepuluh minit lagi kelas dah nak start." keluh Aleeya.

"sabar jelah dapat member yang kaki sidai." Intan bersuara pasrah.

sedang mereka menunggu, ada satu suara yang amat bingit tiba.

"sorry gess aku lambatt!!" Afiqah yang baru tiba itu tercungap - cungap.

Intan dan Aleeya sudah menutup wajah mereka dengan buku di tangan mereka.

"kau ni memang tak tahu malu ke hah?" bisik Intan geram.

"tah nya kau ni. aku sepak jugak nanti." tambah Aleeya.

Afiqah tersengih. lantas dia mengambil tempat duduk diantara Aleeya dan Intan. badan Aleeya ditolak ke tepi.

Aleeya mengeluh lemah. parah lah dapat membe yang selamba badak ni.

"assalamualaikum."

Intan, Aleeya dan Afiqah mendongak ke atas dan alangkah terkejutnya mereka melihat Aina dan Laili dihadapan.

"lah kenapa muka macamtu? ada hantu ke?" tanya Laili pelik apabila melihat reaksi wajah mereka itu.

"ni, ni Laili dengan Aina ke?" soal Afiqah tak percaya.

"hey, of course lah! takkan lah tak kenal i yang terpaling cantik and gorgeous ni?" Aina ber cat walk di hadapan mereka.

Intan menganggukkan kepalanya. "okay ni betul Aina."

"aww you guys sooo prettyy!" puji Aleeya.

Aina dan Laili tersipu - sipu malu mendengar pujian Aleeya itu.

"yes, you guys cantik sangat lah pakai tudung! sumpah i tak tipu." tambah Afiqah.

Aina flip kan tudung shawl yang dipakainya itu.

"pergh! slay slay slayy!" sorak Afiqah.

Intan mengajak mereka berdua duduk terlebih dahulu.

"tapi lagi cantik kalau kau orang labuhkan tudung." tambah Intan.

Aina dan Laili melihat antara satu sama lain. mereka membuat wajah pelik.

" labuh? labuh macamana tu?" tanya Laili. Aina menganggukkan kepalanya, dia jugak tidak faham.

"like pakai macam kami pakai lah. labuh macamni." Intan menunjukkan gaya tudung yang dipakainya itu.

"erk, sebenarnya aku dengan Laili belajar belit tudung ni dari TikTok je. kami mana reti nak belit tudung macamtu." jujur Aina.

Intan, Aleeya dan Afiqah menganggukkan kepalanya.

" okay , jom pergi toilet. meh aku ajar cara pakai tudung." ajak Intan lalu mereka berlima bergerak ke arah tandas.






Aireen mengeluh sedikit melihat Aqilah selamba sahaja menyepahkan baju yang dilipatnya itu.

Aqilah hanya membuat tidak tahu. dia sekadar menonong berjalan seperti tiada apa - apa yang berlaku.

Iman yang melihat itu mula rasa panas.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now