MIM 21

63 3 0
                                    

- You already mine sayang -

Iman membelek telefonnya itu.

"Tak caya, know - know dah pakai fon baru." Iman mengusap skrin telefonnya lembut.

Flashback.

Isma dan Iman melangkah masuk ke dalam switch.

Iman hanya berada di sisi Isma dan melihat suaminya mencari telefon. Dia sekadar memerhati sahaja dan adakalanya dia mengangguk mengiakan apa yang dikatakan oleh Isma.

"Sayang, mana lagi cantik? 13 ke 13 pro max?" Soal Isma kepada isterinya.

Iman mengerut dahinya. Mana lah dia tahu. Lain orang lain citarasa lah.

"13 camera dia silang. Macam unik. 13 pro max dia tiga mata tapi lense dia lagi besar dari lense telefon abang.

Pilihan dekat abang, lagipun abang yang nak tukar telefon bukan Iman." Iman menyilangkan tangannya.

"Tak adalah, abang nak belikan dekat sayang juga telefon baru. Tu abang tanya sayang nak 13 ke 13 max."

Iman terkejut. "Eh kenapa nak belikan dekat Iman jugak?" Soalnya terkejut.

"Saja. Lagipun abang nak matching fon dengan sayang jugak. Baru nampak sweet couple gituw." Isma tertawa kecil.

"Tapi kan abang dah bagi Iman kereta. Tak perlu lah bagi lagi. Abang bagi kereta tu baru lagi." Iman mula rasa bersalah.

"Tak pa sayang, memang abang nak bagi sayang fon baru. Sayang terima okay?" Pujuk Isma.

Iman menganggukkan kepalanya lemah. Malas lah dia mahu membantah, takut dia pula kena marah nanti.

"So, sayang nak yang mana? 13 ke 13 max?" Soal Isma kembali.

"Erm, Iman nak 12 jelah. 13 mahal sangat lah." Putus Iman.

Isma mengeluh sedikit.

"Sayang, abang kan pakai 12 max. Abang nak pakai 13, so sayang kena pakai 13 juga lah. Tapi sayang pilih lah, nak 13 mini ke, 13, 13 pro atau 13 pro max. Tu je."

Iman menggigit bibirnya. Dia melihat harga telefon 13 itu.

' weyh bapak ah, 6k? Mahal gila! Gaji sebulan aku pun kurang dari ni! ' Jerit hati Iman.

"Erm 13 mini lah." Iman membuat keputusan. Itu sahaja lah dia mampu pilih walaupun dia tidak berapa berkenan dengan 13 mini.

Skrin kecik? Macam iPhone 5s dulu.

; INI PANDANGAN SAYA YA , JANGAN KECAM ! ;

Isma melihat Iman tidak percaya.

"Are you sure sayang? Betul ni?" Isma meminta kepastian.

Iman menganggukkan kepalanya perlahan.

Isma mula meragui keputusan Iman itu tapi dia sekadar mengiakan sahaja.

"Okay, sayang nak warna apa?"

"Hijau." Jawab Iman.

Isma menganggukkan kepalanya.

"Sayang tunggu dekat kerusi situ, abang pergi beli." Arah Isma. Iman menganggukkan kepalanya.

Iman duduk di kerusi lalu bermain telefonnya.

Isma yang melihat Iman sudah duduk di kerusi lantas pergi ke arah kaunter.

"Hai selamat datang." Ucap gadis di kaunter.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now