- You are already mine sayang -
Seminggu kemudian...
ISMA bermundar - mandir di hadapan emergency room. begitu gelisah dia rasakan ketika ini.
KLAK!
pintu bilik emergency itu terbuka. Isma terus menghampiri Doktor lelaki yang batu sahaja keluar itu.
"macamana dengan anak saya, doktor?" soal Isma gelisah.
"anak Tengku, Tengku Izzah selamat. nasib Tengku sempat bawa dia ke sini. tapi, saya ada satu berita buruk." beritahu Doktor itu.
"kenapa doktor?" tanya Isma serius.
"Tengku Izzah, dia mengalami masalah jantung."
DANG!
lemah lutut Isma mendengarkan itu. kepala digeleng perlahan.
"Ya Allah." ucap Isma perlahan.
"saya harap Tengku tabah, ya? saya minta diri dulu. Tengku Izzah perlu ditahan di sini buat sementara waktu. jantungnya agak lemah." pinta Doktor lalu melangkah pergi.
Isma duduk di kerusi pelawat. berita yang diterimanya memberi kesan begitu dalam.
FLASHBACK
pagi tadi sebaik saja Isma solat subuh. Isma lihat anak - anaknya. Alyssa dan Aryan sedang melihat ke arahnya. tidak tidur pula mereka ini.
kepalanya toleh melihat ke arah Izzah. masih nyenyak diulit mimpi. entah kenapa dia tergerak hati untuk memegang Izzah.
pegang sahaja dadanya, Isma tidak merasakan degupan jantung. Isma menjadi panik. dia memeriksa sekali lagi dan hasil yang sama, masih tiada degupan.
terus dia angkat tubuh Izzah dan mengambil wallet serta kunci kereta lalu keluar dari bilik.
dia berjalan masuk ke dalam lif. nasib ketika itu dia berada di rumah agam Tengku Irfan.
dia turun ke ruang bawah dan terpampang di depan mata, Tengku Irfan dan Puan Zulaika sedang bersembang di ruang tamu.
"angah? kenapa ni?" soal Puan Zulaika sebaik saja melihat Isma yang cemas itu.
"ijah, ijah tak bernafas! angah check tak ada degupan jantung!" beritahu Isma panik.
"Allahuakhbar! cepat bawak pergi hospital! abang, abang pergi ikut angah! abang bawak kereta!" arah Puan Zulaika kalut.
Tengku Irfan terus bangun dan melangkah ke arah Isma. Isma memberikan kunci kereta kepada Tengku Irfan dan disambut. terus mereka keluar dari rumah dan bergerak ke hospital.
END FLASHBACK
Tengku Irfan menepuk perlahan bahu anaknya. "sabar ya, angah. Allah uji sebab Allah tahu, angah kuat." pujuk Tengku Irfan.
Isma mengeluh sedikit. "angah tak tahu nak cakap macamana dekat Iman, dy. Iman pun tengah lemah lagi. baru semalam je dia dapat jumpa anak - anak kami." luah Isma.
dia kalau boleh, dia tidak mahu kusutkan pemikiran Iman. dengan keadaan Iman yang begitu lemah walaupun sudah seminggu sedar, tidak mungkin Iman boleh tertekan.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...