MIM 45

90 1 0
                                    

- You already mine sayang -


"sebenarnya aku ni seorang ultraman" Isma tersengih.

Faiq memeluk tubuhnya. "hambar."

"ish yelah, emo naw. asal? kau piyed ke?"

Faiq mencerlung tajam pada Isma. ai, main benda sensetif hal perempuan lak. aku sumpah kau jadi pondan nanti kot.

"lebih baik kau cakap cepat, kalau tak aku balik. anak bini aku tunggu dekat rumah tu. malam ni dah lah bini aku kerja." bebel Faiq.

"tadi kemain serius, aku buat lawak sikit marah." sambung Faiq.

Isma mengeluh. terus dia menceritakan apa yang berlaku padanya sepanjang 5 bulan ini.

Iman merenung X50 yang elok terpakir di garaj kereta yang sepatutnya menjadi tempat kereta Hr-v kepunyaannya.

semalam dimana Puan Zulaika datang bertandang ke rumah, sempat dia membelek keretanya.

Alhamdulillah, kena lah jugak kena bebel dengan Puan Zulaika. dan dia mendapat gantian kereta dimana Puan Zulaika memberi pinjam kereta kepunyaannya kepada Iman.

nak tak nak, Iman terpkasa menerima. sebab Puan Zulaika mengugut nya, kalau tak guna kereta tu dia membawa Iman balik ke rumahnya.

mahu tak mahu, terpaksa lah dia. tak sanggup dia kembali ke sana buat sementara waktu. masih takut.

"kau termenung apa tu?" tegur Aira apabila sedari dari tadi Iman hanya melihat sahaja ke arah kereta itu.

Iman menggeleng sedikit. "tak ada apalah. jomlah, kita masuk."

baru sahaja ingin masuk ke dalam rumah, sebuah kereta berhenti di hadapan rumah mereka.

"kereta siapa tu? Jnt ke?" soal Aira.

"kau agak - agaklah Jnt pakai BMW pun haihlah." balas Iman menyampah.

dia sudah tahu pemilik kereta itu terus menarik tangan Aira masuk ke dalam rumah. pintu rumah ditutup lalu dikunci.

Ting Tong!

"woi, kan ada orang datang tu! kau kenapa tutup pintu?" tanya Aira pelik. dia mengerutkan keningnya.

"shh! kau nak layan Isma dekat luar tu ke?" bisik Iman keras.

Aira terlopong. kiranya yang datang tu Isma lah?

"aduh dah kenapa dia datang sini. nanti timbul fitnah lahh." bebel Aira perlahan.

Iman mendiamkan diri. serabut otak nya mahu memikirkan apa yang perlu dilakukan.

"aha! aku tahu!" Aira memandang Iman dengan penuh harapan.

Iman hanya menjongketkan keningnya. idea apa lagi minah ni pun dia tak tahu lah. harap tak menyusahkan dia la--

"kau pergi lah layan dia. guarantee tak timbul fitnah."

okay, dia tarik balik ayat tak menyusahkan dirinya.

Iman memandang Aira geram. "apasal aku pulak?! taknak lah!"

baru Aira mahu membalas, sekali lagi deringan loceng bergema.

"tak sekarang ni yang datang tu suami kau bukannya suami aku! lagipun kalau ada orang tangkap sekali pun tetap tak boleh buat apa sebab hampa dua dah kahwin! faham ke tak?" bebel Aira.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now