- You are already mine sayang -
ISMA melihat pemandangan di luar kereta. mukanya hanya masam sahaja.
Iman disebelah hanya fokus memandu kereta. dibiar sahaja suaminya yang mengada nak merajuk bagai.
sebaik sahaja menarik handbrake kereta, Iman menoleh ke kiri. Isma masih lagi melihat ke arah luar. sampai ati takmau tengok kite.
"merajuk lagi ke?" soal Iman. Isma menjeling mengguna hujung matanya. sudah gaharu, cendana pula. sudah tahu, lagi mahu ditanya pula? dasar kambing.
tapi hanya cakap dalam hati lah. kalau cakap betul betul kang, ada juga yang kena balik naik grab hm.
Iman menongkatkan wajanya menggunakan tangan kirinya. tangan kirinya berada di atas arm rest. tangan kanannya mula mencuit - cuit pipi Isma.
"manjo kali dia ni. rasa macam nak tinggal pulak dia ni dekat sini sebab mengada - ngada sangat." Iman bersuara dengan nada tertahan - tahan.
dia ni bukan sabar sangat. dengan kandungannya yang hanya tungguh tempoh sahaja untuk keluar ke bumi ini. sangat menguji kesabarannya.
Isma mendiamkan diri. tangannya masih kekal disilangkan di tubuhnya. Iman mencium tapak tangan kananya lalu ditekapkan pada bibir Isma.
Isma memandanga isterinya hairan. apa pasal pulak ni?
"Iman nak pujuk abang, so Iman cium abang tapi disebabkan suami Iman ni demam lah pulak. so, tak boleh direct. Iman gantikan dengan cium tapak tangan Iman dan tepek dekat muka abang." terangnya.
Isma cuba menahan bibirnya dari mengukir senyuman tapi dia tidak mampu. tangan kanannya naik menekup mulutnya. menghalang Iman melihat senyum gediknya.
"alah nak senyum tu, senyum jelah. nak cover - cover pulak. macam pondan." Iman bersuara selamba.
"hamboi?! sesuka hati je samakan abang dengan pondan ek?" Isma membulatkan matanya. wow, dia memang tidak bileh terima apa yang isteri dia gelarkan padanya.
"alah pondan je pun bukan sajat. buat teqok boleh. mengada, dah pakai face mask tu cepat! nak pujuk pun beqejam. lekaih!" Iman mula membebel.
ha, kan dah terkeluar loqat utaqa. naya pak karim!
"eh hang sabaq boleh dak? chek pon baqu naq caqi face mask kat manaq. hang letak manaq face mask hahq!" balas Isma yang turut menggunakan loghat utara yang.....
broken.
Iman ternganga luas mendengar ujaran suaminya itu. "bang, kalau tak tau buat caqa tak tau bang. jangan dok buat palatao. nanti kena nganjing padan muka je."
"tarik balik! tarik balik! tarik balik!" Isma menundingkan jari ke arah Iman. ah sudah, ni apa masalah jantan ni?
"eh hang pasaipa?" Iman melihat suaminya hairan. kena sampuk ke apa ni?
baru sahaja Isma mahu membuka mulut, Iman memintas terlebih dahulu. "dah, jangan nak sembang sangat! pakai face mask tu cepat!" arah Iman sambil jari telunjuk kanan menunjuk ke arah dashboard.
Isma mencebik bibirnya lalu memakai face mask. Iman keluar dari kereta diikuti oleh Isma lalu masuk ke dalam klinik.
Isma sekadar duduk di kerusu menunggu sementara Iman sedang mendaftar. selesai mendaftar, Iman duduk di sebelah suaminya untuk menunggu giliran.
Isma memejam matanya apabila kepalanya berdenyut kuat. tangan naik memicit pelipis sementara Iman hanya melihat skrin telefon scroll reels instagram.
"Tengku Isma!"
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...