MIM 11

67 3 0
                                    

- You already mine sayang -

Iman memberhentikan keretanya di perkarangan rumah arwah neneknya. Dia mematikan lampu kereta lalu mengucap syukur.

Dia memandang screen radio kereta. 

01.43 a.m.

Iman hanya beriak biasa. Dia sudah terbiasa memandu kereta pada waktu tengah malam. Dia mematikan enjin kereta lalu mengejut Safiyya.

Safiyya terpisat - pisat bangun dari tidurnya. Dia menguap besar tapi tangannya menutup mulut. 

Elak setan - setan durjana masuk ke dalam mulutnya.

Iman mengambil telefonnya lalu mendail nombor telefon sepupu nya, Aireen.

"Hang pasaipa pompuan call aku 1 pagi nih? Ada tea ka?" Tanpa salam, terus Airen menerjah.

Iman hanya menunjukkan riaksi menyampah. 

"Hang, bab - bab membawang nombor satu eh? " Geram Iman jadinya. Aireen, Intan dan Aleeya tu pantang ada hot gossip terus jadi malaysia prihatin

Iman sudah nasihat berkali - kali kepada mereka supaya jangan jadi manusia terlebih prihatin. Gelaran 'Malaysia prihatin' itu pun diberi oleh Iman kepada mereka bertiga.

Dalam diam mereka membuat satu group whatsapp yang diberi nama ' Persatuan Malaysia Prihatin ' . Ya, memang bangang.

"Hang ada kat rumah ke tak?" Tanya Iman.

"Ada, awat? Hang nak oder food panda ka kat aku? Wah! Dialu - alukan! Aku tengah lapaq nih!"

"Otakmu, hang pi bukak pintu sekarang. Aku dekat depan rumah." Terus Iman menamatkan panggilan.

Dia keluar dari kereta lalu membuka bonet kereta. Alhamdulillah, keretanya sudah dibaik pulih.

Iman mengeluarkan satu luggage besar dan  dua beg kecil. Dia menutup bonet lalu mengunci kereta. 

Safiyya sudah berada di muka pintu dengan muka mamai. Di atas kepalanya terdapat selimut yang digunakannya manakala di tangannya terdapat anak patung jojo.

Iman berjalan ke arah pintu lalu menunggu pintu dibuka. Aireen ni memang suka melengah - lengahkan perkara. Layak dicampak ke Tanjung Rambutan sahaja.

Pintu rumah dibuka dan dia lihat Aireen sudah mengenakan tudung sarung hitam di kepalanya.

"Weh! Aku ingat hang main - main gila! Bengong lah, balik sini tak habaq! Hang memang fucek!" Maki Aireen.

Maki dulu baru pergi salam. Baru cousin.

"Aireen, language." Tegur Iman dingin.

"Okay okay, jom masuk." Aireen menolong Iman mengangkat beg - beg masuk ke dalam rumah.

"Semua dah tidoq ka?" Soal Iman perlahan. Takut orang lain terjaga. 

Aireen menganggukkan kepalanya.

"Aku tengok netflix tadi. Ingat nak masak tapi malaslah." Beritahu Aireen.

"Hang lapaq ka? Kalau lapaq meh aku masak." Tawar Iman.

Lantas Aireen menegah. "Toksah gatai, hang drive penat - penat pastu nak masak pulak? Tak payah, aku dah nak tidoq ni."

Iman menganggukkan kepalanya.

"Aku tidoq dulu tau. Assalamualaikum." Aireen keluar dari bilik Iman lalu masuk ke biliknya.








Iman terjaga apabila telefonnya bergetar kuat. Dia meletakkan telefonnya dalam mod vibrate.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now