- You are already mine sayang -
"BETUL ke?!"
Isma membulatkan matanya. pegangan telefon di telinganya dieratkan.
"ya rabbi betul lah. maira dah sedar." Aira yang berada di panggilan menggulingkan bebola matanya.
"Ya Allah." Isma teresak sedikit. isteri dia dah sedar!
"nanti kau boleh lah datang. aku dah minta bilik VIP untuk dia. kau dengan keluarga kau boleh lah datang. sekarang ni diorang baru nak pindahkan maira dekat bilik baru."
"thanks dho, Aira. kau memang kawan yang boleh pakai." ucap Isma.
"eh, siapa cakap aku buat ni untuk kau? tolong sikit eh. ni sebab pengorbanan aku sebagai seorang sahabat maira ya."
"woi, bini aku tu agak - agak ah. melebih lak kau." balas Isma kasar.
"kesah pulak aku? dah, aku ada kerja lagi. nak melayan kau pun dah kacau masa kerja aku. chaw"
Tut Tut Tut...
Isma mengherotkan bibirnya. dulu kemain sopan, lepas jadi ex terus gak ada akhlak. dasar.
Isma masuk kembali ke dalam bilik tidurnya lalu berjalan ke arah dimana bahagian terletaknya baby cot.
terdapat 3 baby cot disitu. nasib alongnya, Ikram baik hati memberi satu baby cot kepadanya disebabkan dia hanya ada dua sahaja babay cot.
dah Izzah tiba - tiba saja muncul, nak buat macamana kan? terus gelabah biawak cari baby cot. kebetulan Ikram ada lebih sebab yang tu digunakan oleh Danish dahulu. Dania punya Farah beli lain.
"anak - anak, mama dah sedar." beritahu Isma sebak. air matanya mula menitis.
ketika itu, Alyssa dan Aryan sedang diulit mimpi. hanya Izzah sahaja yang terkelip - kelip mata melihat Isma.
"ek" Izzah berbunyi kecil. Isma melihat Izzah. bibirnya mengukir senyuman nipis.
"ya ijah, mama dah sedar. ijah suka ya?" Isma berbual dengan Izzah.
"ek" balas Izzah menggunakan bahasanya. Isma mengukir senyuman manis.
dia pun turut memanggil anaknya ijah sebab rasa comel pula. pandai Intan bagi nickname dekat anaknya.
dekat Alyssa dia akan panggil ica manakala Aryan pula ian. baru senang nak panggil.
ica, ian, ijah. complete!
Isma mengangkat anaknya lalu memangku anaknya di lengannya. nasib lengan dia besar sebab rajin buat workout, kalau tidak kurus kering macam batang penyapu lah jawabnya.
"ijah sayang, papa nak pergi hospital ni. ijah tolong jaga kakak dan abang tau. nanti papa bagi upah susu tau." ujar Isma. pipi anaknya diusap lembut.
tiba - tiba dia teringat sesuatu. dengan mendukung Izzah di lengannya, terus dia keluar dari bilik lalu melangkah ke arah bilik tetamu. dia mengetuk pintu bilik itu.
"ya angah, kenapa ni?" soal Puan Zulaika sebaik saja. membuka pintu.
"mummy, isteri angah dah sedar!" beritahu Isma gembira.
bulat mata Puan Zulaika jadinya. " hah?! dah sedar? alhamdulillah!" Puan Zulaika mengusap wajahnya.
"ni angah nak pergi hospital ni, nak pergi lawat Iman. angah dah lama tak jumpa dia." beritahu Isma dengan tujuan asalnya ke sini.
"nak bawak budak - budak ke?" soal Puan Zulaika apabila melihat Isma sedang mendukung Izzah itu.
Isma menggelengkan kepalanya. "tak. angah tak berani nak bawak diorang pergi mana - mana lagi. diorang kecil lagi. lagipun hospital bahaya lah." jawab Isma.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...