MIM 55

88 2 1
                                    

- You are already mine sayang -




DUA hari sudah berlalu. sepanjang dua hari ini juga Isma dan Iman duduk berasingan bilik. mereka hanya bergaul melalui face time sahaja.

Iman mengeluarkan kit covid 19 test itu. hatinya terdetik untuk check sekali lagi untuk memastikan dia terkena jangkitan corona itu atau tidak.

dia mengikut segala step dalam manual itu. sebaik sahaja selesai melakukan semua perkara, dia duduk bersandar di kerusi. dia perlu tunggu 10 minit untuk keputusan.

sementara itu, dia membaca surah maryam, surah ar - rahman dan al - waqiah. pesanan dari arwah abi, orang mengandung perlu membaca al - quran dan berzikir banyak - banyak. selawat ke atas para nabi dan rasul juga.

selesai habis membaca ketiga - tiga surah itu, Iman menutup al - quran lalu membaca doa khatam al - quran. diselitkan doa - doa kepada semua umat islam yang sedang bertarung nyawa di palestin itu selamat.

habis sahaja, terus Iman melihat test kit itu dan matanya membulat. mulutnya ternganga.

"po... positif?" Iman menekup mulutnya. tidak percaya dia lihat ketika ini.

telefon di night stand berdering kuat. Iman terus mendapatkan telefonnya lalu menjawab panggilan face time dari suaminya.

"hai sayang." Isma tersenyum manis. tangan kanannya melambai ke arah Iman. Iman tidak menjawab, hanya melihat sahaja.

apabila tiada balasan dari isterinya, Isma melambai sekalk lagi kepada isterinya.

"sayang? kenapa ni? okay tak ni? kenapa muka serupa ayam berak kapur je?" soal Isma bertalu - talu.

Iman menghembus nafasnya sedikit. bibirnya diukir senyuman lebar.

"abang, nak tahu something tak?" soal Iman.

"hah? benda apa? nak!" jawab Isma.

"okay jap eh." Iman bangun dari duduk lalu diambil test kit bersamanya dan keluar dari bilik. telefon dibiarkan di atas meja sahaja.

Isma mengerut keningnya pelik. dah kenapa bini aku ni?

tiba - tiba pintu bilik yang dihuni Isma itu diketuk. lantas Isma bangun dari meniarap lalu ke arah pintu.

buka sahaja pintu, wajah Iman yang tersenyum manis terlihat. Isma mengerut keningnya.

"sayang, where's your face mask? are you forgot?" soal Isma.

Iman hanya diam. tangannya kirinya menarik tangan suaminya lalu diletakkan test kit itu di atas tapak tangan suaminya.

Isma melihat benda di tapak tangannya lalu mulutnya ternganga.

"sayang positive?" soal Isma tidak percaya. Iman mengangguk kepalanya.

Isma melihat test itu berkali lalu tersenyum lebar.

"aaa!!!" mereka jerit kecil lalu mereka berpelukan.

"yeay! boleh juga abang peluk sayang." Isma tersenyum lebar.

Iman tertawa kecil. sudah lupa dia akan dirinya ketika ini.

"eh tapi.." Isma melepaskan pelukan lalu melihat Iman.

"kalau sayang positif, sayang boleh bersalin normal ke? abang takut kalau sayang kena macam kes arwah Siti Sarah." Isma mula takut.

Iman terdiam. tidak terpikir pula dia tentang itu.

"apa - apa pun terjadi, Iman redha. kalau Iman kena hadapi macam arwah Siti Sarah pun, Iman terima. mungkin dah tertulis takdir Iman macamtu. Allah is the best planner."

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now