- You already mine sayang -
"Abang! Bangun lah cepat! Kalau terlepas sahur nanti abang pulak yang lapar nanti." Marah Iman apabila Isma masih tidur itu.
Melihat Isma masih tidur membuatkan Iman give up. Hanya ada satu cara sahaja dia mampu buat ketika ini.
Lantas dia mencapai telefon Isma lalu mendail nombor Puan Zulaika. Dia merapatkan telefon itu ke telinganya.
"Hello angah."
"Assalamualaikum mummy, Humaira ni."
"Waalaikumussalam, ya maira. Kenapa ni?"
"Mummy, maira minta sebab terpaksa menyusahkan mummy sekarang ni. Oh sebelum tu, mummy dah sahur?"
"Dah. Kenapa tu maira?"
"Mummy, tolong beletiaq sat dekat anak mummy ni. Liat sangat nak bangun sahur ni."
"Hm angah memang macam tu. Maira letak je fon tu dekat tepi telinga dia. Biar mummy bebel."
Iman membuat loud speaker lalu meletakkan telefon itu di sebelah kepala Isma.
' maaf lah, bang. Iman dah give up '
"ANGAH! BANGUN SAHUR SEKARANG! DAH BESAR PUN LIAT NAK BANGUN SAHUR LAGI KE HAH?!"
Mata Isma terbuka luas. Lantas dia bangun dari baringannya apabila mendengar suara Puan Zulaika seperti petir.
"DAH KAHWIN PUN BANGUN LAMBAT! APA YANG TERUK SANGAT NI HAH? BANGUN SAHUR SEKARANG! NANTI MULA LAH MENGADU LAPAR LAH, GASTRIK LAH, TU LAH NI LAH. MACAM - MACAM!"
Isma melihat telefonnya yang berada di bantal kepalanya itu. Mata nya beralih kepada Iman yang berada di muka pintu itu. Dia memincingkan matanya apabila dia mula dapat tangkap.
Iman tersengih. "Turun makan ye. Tak baik marah - marah, nanti cepat tua." Pesan Iman lalu cepat - cepat pergi. Takut Isma marah huhuhu.
Isma menyuap makanan ke dalam mulutnya dengan penuh rasa sebal. Iman hanya makan dengan tenang.
Nasi putih panas campur telur sambal hancur. Lurvee <3
Dia menambah lauk ayam goreng popcorn jika Isma tidak beberapa suka dengan telur sambal itu.
Tapi jangan risau, Isma ni semua benda dia telan. Batu dan kayu tolak tepi. Cewah ayat!
Isma menjeling ke arah isterinya. Pagi - pagi saja cari pasal! Lepastu dah lah tak mintak maaf. Nak pujuk? Lambat lagi kot hmph!
Iman bangun dari kerusi apabila dia mula kenyang. Dia membawa pinggan nya ke singki untuk di basuh.
"Abang, kalau dah sudah makan tu bawak pinggan datang sini. Iman basuh." Beritahu Iman.
Isma menggulingkan bebola matanya. Ayat ni je dia dengar setiap hari.
Isma diam tidak menyahut. Iman mula merasa pelik, lantas dia melihat Isma di meja makan itu.
"Abang? Dengar tak apa yang Iman cakap tadi?"
Isma menganggukkan kepalanya sahaja sebagai balasan. Iman mengeluh sedikit.
Iman menyelesaikan semua basuhan di dalam singki. Pinggan yang digunakan Isma tadi sudah dibasuh.
Iman mula menaiki tangga menuju ke arah biliknya.
Safiyya? Oh dia sudah bersahur lebih awal. Sebaik saja Isma turun mahu sahur, dia sudah selesai makan.
Iman masuk ke dalam bilik mereka. Dia lihat Isma sedang bermain telefonnya di atas katil.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...