MIM 58

92 2 3
                                    

- You are already mine sayang -


angah
- tadi doktor update, isteri angah dah selamat bersalin. 3 orang. first perempuan, second lelaki dan last perempuan.
- but after lepas bersalinkan yang last, maira lemah sangat. doktor terpaksa tidurkan dia buat sementara waktu bagi maira kuat semula.
-angah harap semua doakan isteri angah diberikan kekuatan. anak - anak kami memerlukan maira.

"Allahuakhbar." mengucap panjang Puan Zulaika membaca mesej itu.

Tengku Irfan hanya mendiamkan diri. rasa kesian terasa kepada anak dan menantunya. dia pun terkejut mendapat mesej itu.

"boleh ke kita pergi melawat maira? angah pun dalam fasa quarantine lagi." tanya Ikram.

"daddy tak tahu. kalau swasta bagi je, tapi ni kerajaaan. daddy tak berani bagi kata putus." jawab Tengku Irfan.

dia bukan apa, nanti pergi sana tak dapat apa pun. nanti kena halau balik buat malu saja.

ruang yang dihuni keluarga itu sepi kembali.

"eh jap!" Puan Zulaika tiba - tiba bersuara.

semua kepala tertumpu kepada Puan Zulaika. menunggu apa yang bakal diperkatakan oleh Puan Zulaika.

"Aira kan kerja dekat Hospital Selayang? why not minta tolong dia tengok - tengokkan maira?" cadang Puan Zulaika.

Iqbal berkerut sedikit. "Aira? ex angah dulu tu?"

Aleeya menepuk perlahan peha suaminya. tak payahlah sampai mention ' ex ' tu hish.

Puan Zulaika mengangguk kepalanya.

"along okay je." balas Ikram. Farah mengangguk kepalanya setuju.

mata tertumpu pada Tengku Irfan dan Iqbal.

"leeya okay. Iqbal pun okay." jawab Aleeya bagi pihak Iqbal.

Iqbal berkerut tidak puas hati. dia melihat wajah isterinya yang selamba sahaja.

"apa ni? saya tak cakap apa - apa pun." bisik Iqbal.

"awak jangan nak mengada, eh? kak Aira tu okay je. dia tu kawan kak Iman. saya kenal lah dia tu siapa." jawab Aleeya yang turut berbisik. sempat diberikan jelingan pada Iqbal.

"kalau semua okay, mummy call Aira sekarang." ucap Puan Zulaika.






"HAH? dah bersalin?"

terkejut besar Aira jadinya. Puan Zulaika menceritakan semua yang berlaku semalam.

"ya, maira dah bersalin. dia bersalin pun dekat tempat kamu kerja, Hospital Selayang."

mulut Aira membulat sahaja. tapi no wonder lah kalau Iman bersalin time - time ni pun sebab memang due date dia dah. tapi, Iman tak bagitahu dia pun. sampai hati..

"oh ya ke, nanti petang Aira pergi melawat. tapi tak boleh tengok direct lah sebab maira kan pesakit covid. and Aira pun bukan bahagian tu." terang Aira.

"tak apa, cukup lah Aira sudi nak tolong mummy untuk melawat Aira bagi pihak kami. terima kasih banyak - banyak."

"Aira ikhlas, mummy. lagi pun maira kawan baik Aira. maira baik sangat. takkan lah setakat nak melawat dia pun, Aira tak boleh. Aira ada kerja lagi ni, Aira pergi dulu ya?"

selepas berbalas salam, Aira merenung skrin telefonnya lama.

"Ya Allah, kuatkanlah kawanku. berikanlah kekuatan kepadanya untuk sihat kembali. ramai orang menunggu kepulangannya. yang Maha pengasih lagi Maha penyayang, makbulkanlah doaku ini. amin." doa Aira lalu mengusap wajahnya.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now