MIM 19

55 2 0
                                    

- You already mine sayang -

Iman dan Isma sedang menikmati makan malam di restoran.

Sambil - sambil makan ada juga adegan usik mengusik antara Isma dan Iman. Tak apa, Safiyya tiada bersama mereka.

Safiyya kini berada di rumah Tengku Irfan kerana Puan Zulaika yang meminta Safiyya tinggal di sana ketika cuti sekolah. Safiyya tanpa berkata apa hanya sekadar setuju sahaja.

Lagipun, dia ada teman jika berada di sana. Dia ada Danish dan Dania. Itulah temannya jika di rumah. Kalau dulu, temannya adalah Intan dan Aleeya.

Alah, rindu lah dekat dua ekor melaun tak guna tu hm ')

"Abangg, lebih baik abang habiskan makanan abang tu. Kerja main je." Tegur Iman geram.

Isma tersengih. Alah, jarang lah dia nak buat perangai sedemikan. Kalau nak buat tapi malu lah, ada Safiyya.

"Okay - okay, ala sayang jangan lah marah. Abang gurau je pun." Terus Isma menyuap pasta carbonara ke dalam mulutnya.

Iman hanya membuat bodoh. Dia menyedut air ice lemon tea yang di oder nya tadi.

"Sayang, bukak mulut."

Tiba - tiba Isma menyuakan garfu yang sudah dibaluti dengan pasta itu. Iman cuba untuk mengambil garfu itu tapi lantas Isma mengelak.

"Biar abang suap." Isma bertegas.

Iman mengeluh sedikit. "Abang, Iman bukan tak nak bagi abang suap tapi abang tengok lah kita dekat mana. Iman pun berpakaian macamana."

Isma menepuk dahinya perlahan.

"Maaf sayang, abang terlupa."

Terus Isma bangun dari kerusi lalu duduk di sebelah Iman. Iman menyelak sedikit purdahnya agar Isma seorang sahaja dapat melihat wajahnya.

Terus Isma menyuapkan pasta itu di dalam mulut Iman. Iman merasakan mukanya mula naik merah. Dia rasa malu ketika ini.

"Sedap?" Soal Isma lembut. Dia membetulkan sedikit kedudukan purdah isterinya yang sedikit senget. Awning tudungnya juga turut dibetulkan.

Iman menekupkan wajahnya dengan kedua - dua belah tangannya. Dia malu!

"Sayang, kenapa ni? Malu ke?" Soal Isma sengaja.

Iman berdecit. Dah tahu tanya lagi. Flying kick kang.

"Alolo comelnya isteri abang malu. Meh sini abang kiss meh."

Ayat yang keluar dari mulut membuatkan Iman menunjukkan buku limanya.

"Kalau abang nak rasa ' penumbuk kasih sayang ' dari Iman meh la kiss Iman." Ugut Iman.

"Ish sayang ni, brutal naw. Rilek sudah lah." Isma mencebik sedikit lalu kembali ke tempat duduknya.

Dia menyambung makan sehingga habis.

Sewaktu mereka ingin keluar dari restoren itu, mereka disapa oleh seseorang.

"Eh Isma?"

Isma berpaling melihat gerangan itu dan seketika dia tersenyum lebar. Dia bersalaman dengan orang itu.

"Assalamualaikum Faiq, lama tak jumpa!" Tegur Isma kembali.

Faiq tersenyum manis.

Iman rasa nafasnya hampir terputus. Dia tidak percaya apa yang dia lihat ketika ini.

"Sorry dho Isma aku tak dapat nak datang majlis kahwin kau. Time tu aku dekat Indonesia. Ada kerja dekat sana." Beritahu Faiq.

"Haha it's okay. Aku tak kisah pon." Jawab Isma.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now