MIM 27

43 1 0
                                    

- You already mine sayang -



Malam raya.

"woi! wah - wah kau, orang penat - penat kerja dekat luar tapi kau sedap je main PUBG dekat sini eh?!" marah Isma pada Iqbal yang tenang bermain PUBG di ruang tamu itu.

Iqbal membuat muka menyampahnya. "ish kau ni, diam lah. pergi main jauh - jauh, shuh! tak boleh tengok aku tenang langsung." halau Iqbal.

Isma mula naik geram. lantas tubuh adiknya disepak jatuh dari sofa. "ha, memang pun aku tak boleh tengok kau senang pun." 

"adoi! sakit lah bangang!" marah Iqbal apabila muka sudah mencium karpet di lantai rumah. nasib tak jatuh atas handphone, kalau tidak lagi sakit mukanya.

"ah kau mengada! karpet tu lembut je pun! tak payah nak berdrama sangat!" bebel Isma.

Iqbal menutup telinganya. sejak bila lah abang dia ni pandai beleter dekat orang eh? 

"tak payah nak mengata aku. dah bangun! pergi tolong apa yang patut dekat luar tu." arah Isma. telefon adiknya dirampas.

"woi! telefon aku!" terjerit sedikit Iqbal apabila telefonnya diambil begitu saja.

"kalau benda ni ada dengan kau alamatnya memang tak jadi kerja! biar bini aku yang pegang." Isma memberikan telefon Iqbal itu kepada Iman yang baru tiba disebelahnya.

Iman membuat muka pelik, tapi telefon itu diambil juga.

"sayang, sayang jaga telefon ni. jangan bagi dekat Iqbal langsung kecuali atas suruhan abang." pesan Isma tegas.

Iman menganggukkan kepalanya. dia melihat Iqbal yang menayangkan riak wajah tidak puas hati.

sorry ges.

Isma berlalu pergi. mereka berdua melihat kepergian Isma itu tanpa berkata apa.

Iqbal melihat kakak iparnya. "akak, kita geng kan? boleh lah kak," Iqbal mencantumkan kedua tangannya. 🙏🏻

Iman mengeluh lemah. dia melihat telefon Iqbal ditangannya itu.

"sorry dho, akak memang tak boleh buat apa. satgi dengan akak sekali kena dengan Isma." Iman menggaru belakang kepalanya.

Iqbal mengeluh. abang dia tu sekali mengamuk, semua orang kena.

"tak apalah, kak. akak, tolong charge fon Iqbal tau. maseh." Iqbal berjalan perlahan - lahan keluar dari rumah.

Iman masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat atas.

sampai sahaja, terus dia masuk ke dalam bilik dan mencabut wire charger yang mengecas telefonnya dan digantikan oleh telefon Iqbal.

Iman turun kembali ke bawah untuk tolong apa yang patut.

Iman membantu Safiyya menyusun kuih di dalam balang kuih. itu sahaja dia yang boleh bantu ketika ini. badannya mula rasa kurang senang.

"mama, mama okay tak ni?" soal Safiyya cemas apabila melihat Iman seperti pening - pening lalat.

Puan Zulaika dan Farah turut berpaling melihat ke arah Iman.

"okay, okay." Iman memejamkan matanya. sakit itu kian mencucuk kepalanya.

"Humaira, kenapa ni?" soal Puan Zulaika.

Iman memegang kepalanya. rasa ingin meletup sahaja kepalanya ketika ini.

"kepala Humaira- sakit " Iman hampir menangis ketika ini. sakitnya tidak boleh dibuat bincang.

Farah mula rasa risau. "pia, panggil papa pia cepat!" arah Farah.

Safiyya menganggukkan kepalanya lalu berlari ke luar rumah.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now