- You already mine sayang -
Iman menyambut kedatangan anak muridnya dengan senyuman nipis.
Kali ini dia tidak berdiri, dia hanya menyambut sambil duduk. Migrain mula menyerang dengan teruk.
"Assalamualaikum."
Iman mendongak ke atas. Dia hanya memandang Isma yang menayangkan wajah bengang.
"Waalaikumussalam." Jawab Iman. Dia lihat Danish sudah masuk ke dalam tadika.
"Kan saya cakap suruh cuti je hari ni, kenapa tak dengar cakap?" Soal Isma geram.
Iman mendiamkan diri. Dia tidak larat untuk bertekak dengan Isma. Silap hari bulan, dia pula yang pengsan nanti.
"Cinta, saya tanya ni." Isma memandang Iman geram.
Iman mengeluh sedikit. "Awak, saya ni bukan tak nak ambil cuti tapi saya kesian lah dekat cikgu - cikgu lain. Diorang dua orang je pun."
"Sorang ajar umur 4 tahun. Sorang ajar umur 6 tahun. Saya ajar umur 5 tahun. Kadang tukar - tukar."
"Tak akan lah saya nak suruh diorang budak umur 5 tahun kot? Pening lah diorang nanti. Budak - budak kami ramai."
Terang Iman panjang lebar.
Isma mengeluh sedikit. "Awak ni memang keras kepala lah."
Iman hanya beriak biasa. Tidak terkesan dengan kata - kata Isma itu.
"Saya pergi dulu tau. Awak kalau tak larat jangan paksa diri." Pamit Isma.
Iman menganggukkan kepalanya.
"Assalamualaikum cinta." Isma berjalan ke arah keretanya lalu membuka pintu.
Iman hanya memandang ke arah Isma.
Isma melihat Iman.
"Iman Humaira! Dengar sini baik - baik !" Jerit Isma.
Iman mengerut keningnya. Apa yang Isma nak buat ni?
"Saya, Tengku Isma Mikhael ikhlas mencintaimu kerana Allah !" Ucap Isma.
Iman terbungkam. Dia menundukkan pandangannya.
Isma, Isma confess dekat dia ke tadi? AAAAAAA !!!!!!
"Ana uhibbuka fillah." Tutur Iman perlahan sebaik sahaja kereta Isma mula pergi.
2 minggu kini berlalu....
Iman mengemaskan lilitan tudung shawl purple gelap di kepalanya.
"Perfect." Puji Iman sendirian.
Sudah lama dia tidak memakai tudung shawl. Kalau dulu waktu zaman Uni memang selalu dia pakai shawl.
Tapi sejak dia berpurdah, dia jarang menggunakan shawl sebab dia nampak kembang.
Hari ini dia nampak cantik pula.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...