- You already mine sayang -
Iman mengikat tali kasut sport di kakinya. Belitan tudung dikepalanya dikemaskan.
"Abang, cuba abang bagitahu Iman, kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Soal Iman dengan penuh kesabaran.
Si cantik mesti lah bersabar.
"Sayang ikut je. Hah tu grab dah datang, jom." Isma mengenggam tangan Iman lalu berjalan keluar dari pagar.
Iman mengetap bibirnya. Dia sudah agak itulah jawapan Isma. Suka sangat nak suprise.
Iman mengerut keningnya apabila dia melihat kereta Toyota Velfire di hadapan rumah.
"Abang? Apasal kereta grab ni Iman pernah nampak?" Soal Iman pelik.
"Kak? Dia kata ni grab?"
Iman melihat tubuh Naim di hadapannya. Dia terkejut. Okay dia dah dapat apa yang berlaku sekarang.
"Haah, laki akak cakap grab yang ambil kitaorang sekarang ni." Jawab Iman sengaja.
Naim memandang Isma tajam. Isma hanya membuat tidak tahu.
"Apa? Betul lah kan? Cumanya kau dapat gaji bulanan. Tak ada gaji harian." Isma menyatakan fakta.
Naim mendengus geram. Ni kalau bukan arahan Tengku Irfan untuk menjadi pemandu buat Isma harini memang tidak lah dia datang.
Baik dia duduk rumah tidur je!
"Cepatlah bukak pintu! Aku dengan bini aku nak masuk ni." Arah Isma.
Naim membuka pintu penumpang belakang. Dalam hati dia sudah berbakul sumpah seranah Isma.
Iman masuk lalu duduk di bahagian kanan manakala Isma duduk di bahagian kiri. Naim menutup pintu lalu masuk di bahagian pemandu.
"Okay, ke destinasi pertama kita. Cari kedai makan untuk sarapan." Arah Isma.
Iman menggelengkan kepalanya. Kesian Naim kena buli je.
Usai mereka bertiga bersarapan, mereka pergi ke destinasi kedua iaitu KLCC.
"Kau drop je kita orang kat sini lepastu kau nak pergi mana - mana pun pergi lah. Nanti aku call kau untuk pick up kita orang." Arah Isma.
Naim menganggukkan kepalanya. Dia memakirkan keretanya di bahu jalan lalu keluar dari kereta.
Dia membuka pintu di bahagian Isma lalu Isma dan Iman keluar dari kereta.
Sebaik sahaja Naim bergerak pergi, Isma menggenggam tangan Iman.
Isma mencabutkan face mask di wajahnya lalu tangannya mengelap wajahnya.
"Aik? Kenapa bukak mask? Bukan ke abang tak nak orang tahu identity abang?" Soal Iman pelik.
Isma tersenyum.
"Start from now, abang nak expose sayang. Biar orang tahu yang sayang ni isteri abang. Lagipun abang dah malas nak pakai mask." Beritahu Isma.
Iman menganggukkan kepalanya.
"Sayang, jom main beam scooter nak? Kita main area sini." Ajak Isma.
Iman menganggukkan kepalanya. Mereka pergi ke arah bahagian sewa beam scooter itu. Isma membuat pembayaran.
"Okay sayang, jom main." Isma mengambil satu scooter untuknya manakala Iman mengambil untuk dirinya.
"Reti ke tak tu naik?" Soal Isma apabila melihat Iman seperti terkial - kial untuk naik.
"Reti. Okay jom."
Mereka berdua mula bermain beam scooter itu dengan riang.
"Abang! Janganlah buat macamtu! Iman jatuh nanti memang siap abang Iman kerjakan!" Marah Iman apabila Isma tidak henti mengacah untuk menolaknya.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...