MIM 9

67 2 0
                                    

- You alrkeady mine sayang -

Iman menyambut kedatangan anak - anak muridnya dengan senyuman manis.

Tiba - tiba kedatangan Danish bersama Isma. Iman cuba berlagak biasa.

"Assalamualaikum Teacher." Ucap Danish.

"Waalaikumussalam." Jawab Iman. Danish berjalan masuk ke dalam tadika dan mendapatkan kawan baiknya, Zafran.

Iman hanya membuat tidak tahu kehadiran Isma itu. Dia hanya menyambut kehadiran anak - anak muridnya sambil menjawab anak - anak muridnya.

"Ehem!" Isma berdehem sedikit. Iman hanya memandang Isma sekejap lalu menunduk kembali. Rasa kecewanya terhadap Isma masih tersisa.

"Kenapa awak tak call saya semalam?" Tanya Isma terus terang. Semalaman dia menunggu panggilan dari Iman tapi tiada.

"Sibuk," Iman memberi alasan.

"Awak sibuk buat apa?" Tanya Isma tidak puas hati.

"Baca al -quran,"

Terkedu Isma dengan jawapan Iman. Tak tipu eh, memang baca al - quran tapi 30 minit jelah. Lepastu kena sedikan bahan untuk mengajar pulak.

"Nanti call saya tau. Saya pergi dulu," Isma berasa sedikit kecewa kerana Iman hanya melayannya acuh tidak acuh saja.

"Bagi saya nombor telefon pemandu Tengku." Pinta Iman.

Terhenti langkah Isma. Dia memandang Iman tidak percaya.

"Kenapa awak nak nombor telefon dia pulak? Kan saya dah bagi kad saya?" Tanya Isma geram.

"Dia yang langgar kan? Kenapa Tengku pulak yang kena ganti rugi?" Soal Iman kembali. Iman mula menukarkan nama panggilan.

"Kenapa awak panggil saya Tengku?"

"Dah nama awak Tengku," Jawab Iman.

"Saya tak suka! Panggil saya Isma sudah lah!" Isma mula naik angin.

Isma mula merasakan bahawa Iman mula meletakkan jurang antara mereka. Dia amat membenci akan itu.

"Tengku, please. Kalau tak boleh tak apa, saya tak akan contact Tengku lepas ni," Iman memusingkan badannya lalu berjalan ke arah pintu.

"Iman," Terus Isma menyambar tangan Iman.

Iman terkejut lalu menarik tangannya laju. Nasib berlapik dengan handsock.

Iman membetulkan sedikit handsocknya. "Tengku ni kenapa eh? Tak tahu ke pegang perepuan bukan mahram tu dosa? Ke dah tak kenal mana pahala mana dosa?" Soal Iman sinis.

Isma mengetap rahangnya. Terasa egonya agak tercalar tetapi dia perlu mengabaikan egonya dahulu.

"Saya mintak maaf sebab pegang awak tapi saya nak tanya kenapa awak jadi macamni?" Soal Isma lirih.

Iman mengetap bibirnya. Kenapa dia cukup sedih mendengar intonasi suara Isma itu?

"Tengku, pergi lah. Nanti kang orang kata apa nanti nampak saya dan Tengku sekarang ni," Iman cuba menghalau secara baik.

"Biarlah, lagipun awak future wife saya Iman! Get it?" Isma memandang Iman tajam.

"Otak Tengku lah! Masa bila saya future wife Tengku? Lagipun Tengku dah ada girlfriend kan? Takkan Tengku nak curang dengan dia kot?" Iman cuba memberanikan diri memandang Isma.

"Kita orang dah putus," Ujar Isma selamba.

"Habistu, kalau hampa dah putus sekali pun, apa kaitan dengan saya? Saya tak nak masuk campur tau,"

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now