MIM 40

79 1 0
                                    

- You are already mine sayang -

kini, sudah dua minggu Iman menetap di rumah Aira. dan selama dua minggu itu langsung tiada khabar berita dari keluarga sana.

bukan tiada khabar berita tapi ada sesuatu yang berlaku padanya yang membuatkan dia sedikit rumit untuk bertanya khabar.

ketika ini yang hanya tahu keberadaannya hanyalah Intan, Aleeya dan Farah sahaja. Farah pun dia terpaksa memberitahunya. takut - takut ada emergency berlaku. siapa sangka kan.

Iman masuk ke dalam butik, mengikuti langkah Aira yang berada di hadapannya.

bukan dia yang mahu beli barang tapi si Aira sengal tu. beli baju untuk event lah, apa lah. letih Iman jadinya.

dia hanya menemani sahaja. lagipun dah Aira meminta dirinya untuk teman but at the same time menjadi tukang judge bagi setiap baju pilihan Aira.

Aira pun suka pendapat Iman sebab Iman ni jenis tak kata lebih but dia jujur. pendapat Iman selalu awesome gitu.

sedang menunggu Aira memilih bajunya, Iman dan Safiyya bersembang kosong. gosip mak anak lah.

"tapi tulah, budak tu acah je lebih padahal tak tahu apa langsung. pia rasa nak ketuk - ketuk je kepala dia guna batu bata." adu Safiyya kepada Iman.

kisahnya, Safiyya menceritakan tentang seorang classmate lelaki yang sering mengacau dirinya. Iman hanya mendengar tanpa berkata apa.

"lagi yang buat pia kan, dia dah lah tak hensem tapi perasan orang suka dia. and tak boleh blah, dia cakap pia suka dia? sebab pia selalu tengok dia? eh, geli lah pia dengan lelaki tu. tak ada masa lah nak tengok dia. syok sendiri je lebih." tambah Safiyya.

Iman tersenyum sedikit. budak - budak.

Aira menghampiri mereka berdua dengan sebuah beg kertas di tangan kanannya. bibirnya hanya tersenyum.

"okay dah siap! jom!" ceria sahaja nada suara Aira. Iman dan Safiyya hanya menganggukkan kepala. mereka keluar dari butik.

Isma berjalan di kaki lima lot kedai. matanya ralit membaca mesej dari Syazwani, langsung tidak melihat kiri dan kanan.

tiba - tiba dia merasakan dia terlanggar seseorang. terus dia mengangkat pandangannya dan mencari gerangan yang dilanggarnya.

"aduh." desis Safiyya apabila punggungnya terhentak kuat di atas lantai. mukanya berkerut tahan sakit.

"pia?" sungguh Isma tidak percaya bahawa dia akan terserempak dengan Safiyya di sini.

"pia!" panggil Iman kuat. terus dia berlari ke arah Safiyya.

"maira! jangan lari!" tegur Aira yang berlari di belakang Iman.

Iman mencangkung di hadapan anaknya. dia membelek tubuh anaknya bagi memastikan tiada kecederaan.

"pia, pia okay tak ni?" soal Iman panik.

Safiyya tidak menjawab malah matanya hanya melihat wajah Tengku Isma. sungguh, dia amat merindukan wajah itu.

"papa.." panggil Safiyya perlahan.

tersentak Iman jadinya. perlahan, dia menolehkan kepalanya ke arah belakang dan dia lihat Isma merenung ke arahnya.

"Isma?" Aira pun terkejut dengan kehadiran Isma.

Isma mengukir senyuman sinis. "oh, kat sini rupanya kau duduk? ingat dah mati dah." tutur Isma sebagai pembuka kata.

"kau jangan nak biadab eh Isma!" balas Aira lantang. Iman hanya diam tidak berkutik.

Isma membuat wajah acah terkejut. dia melihat Aira atas bawah sebelum tertawa sarkastik.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now