- You are already mine sayang -
sebulan kemudian...
Alhamdulillah, sepanjang sebulan lepas banyak perkara yang berlaku. Iqbal dan Aleeya sudah selamat menjadi sepasang suami isteri.
Aira juga sudah menjadi tunangan orang. panik gak?!
iyo, Aira dilamar oleh Amir. lelaki yang menolongnya dahulu.
makin berseri pula si Aira sejak bertunang ni. mungkin bahagia kot.
Iman mengusap perutnya itu. sudah 9 bulan anak - anak yang dikandungnya ini. Alhamdulillah, masih sihat walaafiat.
sekarang ini dia hanya duduk berehat di rumah sahaja. dia pun sudah berhenti kerja.
dia mahu menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menjaga makan pakai suami dan anak - anak yang bakal lahir tidak lama lagi.
"eii comelnya baju ni!" Iman memicit sedikit baju bayi yang berwarna pink.
dia sudah membeli barangan untuk bayi. Insha Allah lengkap. dia beli sedikit sahaja memandangkan Puan Zulaika juga ada membelikannya baju bayi.
bukan sedikit tapi BANYAK YE! dah lah semua jenama branded! huhu menangis juga Iman melihat harga - harga baju itu.
tak apalah, dah orang nak bagi kan? prinsip Iman, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. HAHAHAHA.
tiba - tiba pintu rumah dibuka. Isma masuk dengan wajah yang letih.
Iman bangun dari duduk lalu menghampiri Isma dengan senyuman manis.
"assalamualaikum abang." ucap Iman lalu menyalami tangan suaminya.
"waalaikumussalam." jawab Isma. dia melabuhkan ciuman pada dahi Iman.
"abang penat ke? jom duduk dulu. Iman ambilkan air ya." ajak Iman lalu menarik perlahan tangan suaminya ke arah sofa.
lepas saja Isma duduk, Isma menarik sedikit tangan Iman. Iman melihatnya dengan tanda tanya.
"kenapa?"
"tak payah lah, abang tak haus pun. mari lah sini, abang nak bermanja dengan sayang." pinta Isma manja. riak wajah dibuat - buat comel.
Iman tersenyum. pipi suaminya dipegang menggunakan kedua - dua belah tangannya.
"alolo manja kali dia ni ya! hm mengada!" sakat Iman lalu duduk disebelah suaminya.
"yela, dah tiga hari tak jumpa sayang." terus Isma meletakkan kepalanya di riba isterinya. wajah cantik isterinya dilihat lama.
tiga hari lepas Isma terpaksa pergi outstation di Pahang. mahu tak mahu terpaksa pergi. Iman tidak mengikut suaminya kerana dia berasa sangat letih.
tangan kanannya diletakkan pada pipi isterinya. dahulu, pipi ini pernah dia tampar. dia sangat bodoh ketika itu.
"eh kenapa abang menangis?!" soal Iman kalut. air mata Isma jatuh bercucuran.
"abang rasa berdosa sangat. abang berkasar dengan sayang, abang tamp..."
Isma tidak mampu menyambung ayatnya. dia berasa bersalah sangat pada isterinya.
"hey, Iman tak kisah lah. perkara yang lepas tak perlu lah diungkit." pujuk Iman.
"but i'm still feel guilty at you. kalau bukan semua sebab abang yang bebal ni, mungkin hidup kita lebih bahagia. sayang tak akan rasa stress selama ni."
"... dan paling tak boleh diterima, abang gantung sayang tak bertali. itu perkara yang abang paling sesali." Isma meluahkan apa yang dipendam.
Iman mengusap wajah suaminya. "abang, itulah ujian kita abang. Allah uji kita macam tu. mungkin dia nak tahu sekuat mana kita hadapi ujian itu."
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Storie d'amoreبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...