- You already mine sayang -
kini, cuti raya sudah tamat. rutin sebelum ini berjalan semula. tak kira lah budak sekolah, students Uni atau pun yang sedang bekerja. semua kena jalankan tanggungjawab masing - masing.
Iman cuba memupuk sabar dalam hati apabila ada anak muridnya yang degil. langsung tidak mahu mendengar cakap.
"Raif, teacher kata apa? jangan kacau Rania kan?" tegur Iman apabila Raif tidak habis - habis mengacau Rania yang sedang membuat kerja.
"ee apa awak ni Raif! kite tengah buat kerja lah!" marah Rania apabila Raif tidak habis - habis menolak tangannya menggunakan pensel.
"alah, kite bosan lah. main lah dengan kite," balas Raif dengan mulut muncung.
Iman mengeluh sedikit. kang dia marah mesti esok ramai anak murid dia tak datang pulak. tak pun, dia pulak kena serang dengan parents diorang.
"Raif, teacher kira sampai tiga je. kalau awak kacau Rania lagi, teacher bagitahu ibu awak." ugut Iman.
ini saja dia mampu fikir. mungkin dengan cara ini mampu membuatkan Raif tak mengacau orang.
Raif terdiam. lantas dia melakukan kerjanya sendiri. takut!
Iman tersenyum dalam diam. tahu takut!
Iman mula meronda di setiap meja anak - anak muridnya. nak pastikan anak - anak muridnya buat kerja apa yang diminta.
"Zarif okay?" soal Iman apabila lalu disebelah meja Zarif.
"okay teacher." jawab Zarif perlahan. maklumlah pemalu.
Iman melihat Danish disebelahnya. nak tengok, anak buah dia ni buat kerja ke tidak.
"apa yang kamu buat ni, Danish?" soal Iman pelik. dia melihat buku milik Danish itu.
"melukis." jawab Danish bersahaja.
ternganga Iman jadinya. dia lihat Danis tidak percaya.
"masa bila teacher suruh kamu lukis Danish oii. teacher suruh jawab soalannn." beritahu Iman dengan penuh kesabaran.
Zarif tergelak kecil. Danish pula hanya menggaru belakang kepalanya. alah, dia salah dengar ke tadi? hahaha.
Aleeya berjalan perlahan - lahan menyusuri pejalan kaki di Universiti. tangannya lincah menaip membalas mesej dengan abangnya.
tiba - tiba tanpa dia sedar, dia terlanggar bahu seseorang. telefonnya sudah jatuh menyembah bumi.
"Ya Allah! maaf!" Aleeya tunduk mengutip telefonnya. dia dongak melihat atas apabila tiada balasan.
"eh kau," Aleeya terkejut melihat tubuh Iqbal di hadapannya. lantas dia berdiri.
Iqbal tersenyum manis. "assalamualaikum, Aleeya." ucap Iqbal.
Aleeya terpana melihat senyuman Iqbal. lama dia melihat wajah Iqbal itu.
"aku tahu lah muka aku handsome, jangan lah tengok aku macamtu. seram lah." Iqbal tertawa kecil.
terus, muka Aleeya memerah. aduh, boleh pula dia tenung Iqbal lama - lama? haha, kelakar.
"maaf, sebab terlanggar kau." pinta Aleeya sekali lagi.
"it's okay. lain kali jangan main handphone waktu tengah jalan." pesan Iqbal lembut.
Aleeya menganggukkan kepalanya perlahan - lahan. jantungnya berdetak laju.
"jom lah, kita kan ada kelas pagi ni." ajak Iqbal apabila Aleeya tiada tanda mahu bergerak.
"jalan lah dulu." suruh Aleeya. mana boleh jalan bersama - sama.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...