MIM | EID EDITION

87 1 0
                                    

17 Tahun Kemudian....

"Iannn!! Kalau akak dapat tangkap kau memang kena kau nanti!!" Jerit Alyssa kuat.

Aryan tertawa suka. Kakinya berlari laju naik ke tingkat atas. Cemberut wajah Alyssa menahan geram. Awning tudung bawalnya yang sudah tidak terbentuk itu dibetulkan sedikit walaupun dia tahu awningnya tidak akan terbentuk lagi.

Saffa tertawa kecil. Kelakar melihat keletah sepupunya itu. Sorang kuat menyakat, sorang lagi tak boleh disakat.

"Sabar jelah ica, dah memang perangai ian macamtu. Suka sangat sakat kau." Pujuk Saffa. Tangannya lincah menyusun kuih di dalam balang kuih.

Alyssa melihat sepupunya. "Memang tengah tahan sabar ni. Ikut hati, memang nak je aku kejar dia tu. Haih, nasib ni bukan dekat rumah aku. Kalau rumah aku memang kena dah si ian tak guna tu." Bebel Alyssa.

Sedang mereka berdua menyusun kuih, mereka disapa oleh satu suara.

"Haii! Ingat aku tak?" Sapa si gadis yang manis bertudung shawl berwarna biru bersama jubah berwarna hitam.

"Farhana!!" Jerit Alyssa dan Saffa serentak lalu berlari ke arah Farhana dan berpelukkan.

"Aaa rindu korang!!" Ujar Farhana gembira. Mereka saling berpelukkan.

"Rindu jugak kau, hana. Selalu kita vc je. Kalini dapat jumpa jugak akhirnya." Ujar Saffa. Alyssa mengangguk setuju.

Farhan mencebik sedikit. "Nak buat macamana, dah kita ni hanya kawan je. Bukan sepupu. Mak ayah kita pun kawan je. Aku ni pun singgah sekejap je, tu pun puas pujuk ayah aku." Cerita Farhana.

"Eh hello? Ibu kau tu adik mama aku, tau? Kita ada pertalian darah. Jangan nak buat-buat lupa ek?" Alyssa membulatkan bebola matanya.

Farhana tersengih. Saja je dia buat ayat begitu walaupun bakal mengundang padah pada dirinya.

Saffa ni anak Iqbal dan Aleeya. Ada lagi anak diorang, Syazwan dan Safriel. Saja taknak taip penuh, malas.

Farhana pula anak Fakhrul dan Intan. Farhana ada seorang abang dan mereka hanya dua beradik sahaja. Abangnya umur sama dengan Saffa, 16 tahun. Dia pula yang paling muda dalam antara mereka. Dia baru 14 tahun.

Sementara di atas, Fareeq atau abang Farhana tersengih memandang Aryan, Syazwan dan Safriel. Mereka menayangkan wajah geram.

"Kau kata tadi dekat group yang kau tak ikut maksu datang sini. Sekarang ni apa cerita pulak?" Aryan bertanya dengan suara sebal.

Fareeq duduk di kerusi berhadapan mereka bertiga. "Alah, aku saja je scam korang. Nak tengok jugak reaction korang bila aku tiba - tiba je depan mata korang. Aku ingat korang akan datang peluk aku ke apa..." Sayu kedengaran di hujung ayat Fareeq.

Syazwan membuat wajah geli. "Tak payah buat ayat macamtu lah, geli pulak aku dengar."

Fareeq memuncung. Danish yang tadi malas nak ambil tahu kehadiran 4 orang jejaka ini mula menyampuk.

"Bibir kau tu asal? Kalau aku sangkut Baju Melayu aku ni jatuh tak agak - agak?" Danish bertanya sambil menunjuk bajunya.

Aryan, Syazwan dan Safriel sudah gelak terbahak - bahak. Jarang sangat Danish ni join bahan orang, lagi - lagi bahan si Fareeq ni.

"Kau pun nak join bahan aku jugak? Okay, fine. Esok aku taknak datang raya sini." Fareeq membuat gaya merajuk.

Safriel cuba menahan kakinya dari menerajang anak syurga dihadapannya. Haih, banyak pahala aku layan anak syurga ni 🥰.

"Lah, baru tadi aku ingat nak mintak qr dari kau, nak bagi duit raya. Tapi dia yang tolak. So.." Danish mengangkat kedua - dua belah bahunya lalu berjalan ke arah almari. Dia menggantung baju melayu untuk dia pakai esok.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now