MIM 59

89 4 2
                                    

- You are already mine sayang -


ISMA mengikuti langkah nurse dihadapannya. mereka berhenti di bahagian semua baby diletakkan.

"ini anak Encik." ujar nurse bertudung putih. dia menunduk sedikit kepalanya.

Isma melihat 3 katil kecil yang diletakkan bayi itu. air mata Isma mula bergenang.

"assalamualaikum anak - anak papa." ucap Isma sebak. dia tunduk menciumi kepala ketiga - tiga anaknya.

bau haruman syurga! bayi yang lahir tanpa sekumit dosa.

"Encik boleh azan dan iqomat kan anak encik di luar. sini tidak boleh lama - lama." beritahu nurse itu.

Isma menganggukkan kepalanya lalu menolak troli katil anak perempuan sulungnya.

dua orang nurse membantunya menolak troli katil lagi dua orang anaknya ke luar.

sampai saja ke luar, Puan Zulaika sudah berdiri melihat kearahnya. Puan Zulaika melangkah kearahnya.

"Ya Allah, cantiknya." terpegun Puan Zulaika melihat wajah perempuan sulung.

"angah nak azankan dia." beritahu Isma lalu mendukung anak sulung. dia mendekatkan bibirnya pada telinga kanannya.

"ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,
ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,
ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH."

*tapi suara dia slow lah 😭 bukan kuat yek. mahu terkejut baby tu kang.

selepas sahaja azan dan iqomat ketiga - tiga anaknya, dia melihat Puan Zulaika.

"dah ada nama ke untuk mereka tiga?" soal Puan Zulaika.

Isma menganggukkan kepalanya. "ada, tapi untuk lelaki dan satu perempuan je. tak tahu pulak keluar tiga. tak dan pulak nak bincang dengan Iman."

Puan Zulaika menggelengkan kepalanya. haih, macam - macam.

"apa namanya?"

"sulong, Tengku Imani Alyssa. kedua, Tengku Ikmal Aryan. yang last Isma bagi mummy pilih. angah dah tak boleh fikir dah ni." ujar Isma.

Puan Zulaika melihat wajah anak ketiga Isma. dia mengusap pipi anak itu.

"Tengku Izzah Alana. okay tak?" cadang Puan Zulaika.

Isma mendiamkan diri. perlahan - lahan dia menganggukkan kepalanya.

"Tengku Izzah Alana Binti Tengku Isma Mikhael." monolognya perlahan. bibirnya menyungging senyuman nipis.




INTAN mencium wajah Alyssa lembut. air matanya jatuh berlinangan.

"assalamualaikum Alyssa, ni mak su Intan." ucap Intan lirih. wajah Alyssa amat mirip dengan Iman.

Fakhrul mengusap perlahan bahu isterinya. dia tahu bertapa sedihnya Intan ketika ini.

Intan meletak kembali Alyssa di tilam lalu mendukung Aryan pula.

kalau dilihat, Aryan lebih mengikut wajah Isma. dari segi hidung, bibir dan warna rambut iaitu coklat perang.

"handsome nya anak buah mak su ni, nama pun sedap. Tengku Ikmal Aryan." Intan berinteraksi dengan Aryan.

dia meletak kembali Aryan di tilam dan dia mendukung Izzah pula.

"ni lah anak buah mak su yang tiba - tiba muncul, ya? alahai comelnya awak Izzah Alana. mak su nak panggil awak ijah lah. nampak comel." ujar Intan.

"ikut kau lah nak panggil apa - apapun. asalkan elok dan sedap didengar sudah." Isma yang dari tadi melihat Intan berinteraksi dengan anak - anaknya itu mula bersuara.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now