- You are already mine sayang -
ISMA mengetap bibirnya, dia memejamkan matanya seketika.
"Ya Allah, dugaan apa kalini yang perlu aku hadapi Ya Allah." Bisik Isma perlahan.
Flashback
"Maaf Tengku Isma, berita yang akan sampaikan kali ini amat menyedihkan." Ucap Doktor.
Isma mengerut keningnya. "Apa tu?"
Doktor mengeluh sedikit. "Pada pukul 11 pagi tadi, jantung anak Tengku, Tengku Izzah Alana berhenti berdegup."
Tersentap hati Isma mendengarnya. Dia melihat Doktor tidak percaya.
"Doktor, doktor tak buat lawak kan?" Soal Isma takut.
Doktor menggelengkan kepalanya. Dia menahan air matanya dari jatuh.
"Ya Allah." Isma memegang dinding di sebelahnya untuk menampung beratnya. Kakinya begitu lemah untuk berdiri ketika ini.
"Maaf, kami cuba untuk beri bantuan cpr dan balasannya negatif." Tambah Doktor.
End Flashback.
"angah." sapa Puan Zulaika yang baru sahaja tiba dengan Tengku Irfan.
dia memang mahu datang ke hospital, mahu melawat Izzah dan Iman.
tak apa, Alyssa dan Aryan sedang dijaga oleh mak teh dan pakteh Iman yang baru tiba di rumahnya. ditemani bersama mak senah.
Isma melihat ibunya. bening matanya sudah penuh dengan air mata. terus dia memeluk Puan Zulaika.
"mummy.... ijah dak tak ada." beritahu Isma lirih. air mata jantannya mengalir di bahu ibunya.
tubuh Puan Zulaika mengeras. degupan jantung Puan Zulaika seolah - olah terhenti seketika.
"angah... betul ke ni?" soal Tengku Irfan bagi menggantikan Puan Zulaika.
Isma menganggukkan kepalanya. Puan Zulaika mengusap belakang badan anaknya.
"sabar nak.." pujuk Puan Zulaika.
"eh ngah, kenapa ni? kenapa kau nangis ni?" soal Iqbal terkejut. Aleeya dibelakangnya hanya mendiamkan diri.
Tengku Irfan membuka telefonya lalu membuka whatsapp. dia menceritan situasi berlaku di group family.
Ting!
Iqbal membukan telefonnya lalu menekan whatsapp. dia membaca semua butiran mesej yang dihantar oleh Tengku Irfan. mulutnya membulat disebalik mask.
Aleeya yang turut membaca mesej itu pun turut terkejut.
Aleeya menyuruh Iqbal forward mesej itu padanya dan dia akan hantar kepada Intan.
"macamana angah nak bagitahu Iman nanti, my? dia dah lah tengah lemah lagi. tadi pun dia dah cukup tertekan lepas angah bagitahu apa yang ijah hidap." luah Isma.
"tak apa, mummy percaya maira boleh terima dengan hati terbuka. angah jangan push dia sangat, ya? bagi dia masa dan ruang dulu." pesan Puan Zulaika.
derapan kaki yang tidak terlalu kuat telah menarik perhatian mereka. terus mereka menoleh ke arah gerangan yang baru tiba itu.
"Isma, betul ke...." Intan yang baru tiba itu terus menyoal tapi ayatnya dibuatkan tergantung. tidak sanggup untuk dia menyambung ayatnya.
Isma menganggukkan kepalanya. "ya, betul. ijah dah tak ada. keadaan dia lemah sangat. doktor cuba buat cpr tapi tetap tak ada balasan." beritahu Isma.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...