- You already mine sayang -
"Pia! Cepat sikit!! Van dah sampai tu! Nanti kang terlepas macamana?!" Jerit Iman yang sedang memakai pin kerongsang pada tudung bawalnya yang sudah terletak diatas kepalanya.
"Baik" Safiyya menghulurkan tangannya pada Iman untuk bersalaman.
"Pergi sekolah elok-elok, belajar! Jangan bersembang waktu cikgu?" Iman saja mengantung ayatnya untuk menguji anaknya ini. (ANAK ANGKAT LOL)
"Mengajar!" Safiyya menyambung ayat Iman yang tergantung itu. Mana nya dia tak tahu, dah setiap hari Iman bagi nasihat yang sama ja. Tapi berguna lah. Kalau orang sekarang time cikgu ajaq kat depan depa membawang kat belakang.
Gak ada akhlak!
"Bagus. Nah, ni duit belanja" Iman menghulurkan RM 4 kepada Safiyya untuk belanja rehat.
Sekarang ni pun aku rasa 4 ringgit pun tak cukup lah sebab makanan kat kantin semua mahal belaka! Nasi dengan ayam pun dah 3.50 weh! Nak beli air pun tak cukup sebab air satu seringgit. Tapi untuk Safiyya cukup saja sebab dia beli nasi tapi air dia bawak air masak dari rumah. So, settle problem.
"Pia pergi dulu! Assalamualaikum" Pia membuka pintu rumah dan menutupnya kembali.
"Waalaikumussalam" Iman melihat Safiyya yang sudah masuk ke dalam van oren khas untuk menghantar murid - murid pergi dan balik dari sekolah.
Beberapa saat kemudian van itu mula bergerak pergi.
"Ok pia dah pi sekolah. Sekarang, pi tengok dua beruk betina kat atas tu. Tidur lagi ke apa." Iman membebel sendirian lalu naik tangga untuk pergi ke tingkat atas.
Iman membuka pintu bilik Intan. Kelihatan Intan yang sedang menonton Dr Strange di Netflix.
Intan memandang Iman pelik manakala Iman memandang Intang tak percaya.
"Kau tak siap lagi?!" Jerit Iman lantang. Terhinggut bahu Intan jadinya.
Intan membuat muka bosan. "Haah, prof batalkan kelas last minit" Balas Intan malas.
Yalah, punya lah semalam dia bersengkang mata buat assignment yang diberi last - last dia batalkan kelas pagi ni. Alasan dia pergi kursus.
buat sakit hati ja!
Nasib baik dia tak bersiap lagi. Intan tergerak hati untuk membuka telefon nya terlebih dahulu sebelum bersiap. Bukak - bukak ja mobile data, notification dari group telegram muncul. Dah la hantar mesej pukul 7.a.m. Buat naya ja dekat orang lain yang dah sampai Uni.
"Ooh" Iman mengangguk faham. Faham sangat dengan situasi ni.
"Ni dah tak dak kelas ni pi vacuum ruang tamu, dapur, meja makan dan semua bilik dalam rumah ni. Makanan ada atas meja. Kalau dah habis makan basuh! Jangan ada barang dalam singki!" Pesan Iman.
"Ya baik.."
"Aku tak habis cakap lagi!" Iman membuat muka garang.
"Kalau nak keluar tu kunci rumah! Ingat sikit tak ada orang kat rumah. Dengar tu!" Iman keluar dari bilik Intan lalu menuju ke biliknya.
Iman mengambil purdah di atas iron board lalu memakainya. Iman menjeling sekilas jam di tangannya.
7.50 a.m
"weh aku dah lambat!" Iman menjerit sedikit lalu mengambil handbag nya di atas katil beserta beg laptop nya.
Iman melangkah turun tangga dengan laju. Risau la, dah la pakai baju kurung pastu pakai stokin lak. Tak takut jatuh ka?
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romantiekبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...