- You already mine sayang -
Isma merapikan baju kemejanya. dia melihat dirinya di pantulan cermin. perlahan, bibirnya terkumat - kumit membaca doa.
ﺍﻟﻠَّـﻬُﻢَّ ﻛَﻤَﺎ ﺣَﺴَّﻨْﺖَ ﺧَﻠْﻘِﻲ ﻓَﺤَﺴِّﻦْ ﺧُﻠُﻘِﻲ
Ya Allah, sebagaimana Engkau telah cantikkan kejadianku (rupaku) maka cantikkanlah juga akhlakku.
Alhamdulillah, dia sudah menghafal doa ini. kalau tidak selalu dia akan ikut Iman baca. tapi kini dia sudah boleh baca sendiri.
"you can do it, Isma. dapatkan semula hak kau. ingat, dia tu isteri kau. kang melepas putih mata pulak." sempat dia melawak pada hujung ayat.
dia amat yakin, Iman tidak akan disambar oleh mana - mana lelaki. dia tahu Iman bukan jenis melayan.
"wait for me, sayang. abang akan perjuangkan cinta kita dan anak - anak kita." bisiknya perlahan.
terus dia mencapai kunci kereta, telefon dan bag kerja lalu keluar dari bilik.
Isma menghampiri ruang meja makan yang adanya Tengku Irfan dan Puan Zulaika. Isma mengerut keningnya.
"assalamualaikum, mana Iqbal?" soal Isma sebaik memberi salam.
Puan Zulaika dan Tengku Irfan melihat anaknya pelik.
"sejak bila kamu pandai bagi salam ni?" soal Puan Zulaika. Tengku Irfan mengetap bibirnya, aduhai straight forward betul ya soalan tu.
"bagi salam sunat, jawab salam wajib." Isma tersenyum sedikit.
Puan Zulaika mencebik sedikit. "ih, waalaikumussalam lah!" jawab Puan Zulaika geram.
"jawab biarlah ikhlas." woo, ini dah melebih mat.
Puan Zulaika mencerlung tajam melihat Isma. boleh tahan jugak mulut anak dia ni.
"sudah - sudah lah tu, awak ni ika dengan anak pun nak gaduh." Tengku Irfan menggelengkan kepalanya.
mencuka terus wajah Puan Zulaika. dijeling dua wajah dihadapannya ini lalu menyambung makan.
baru sahaja Isma mahu mengambil tempat duduk, terdengar bunyi keluhan besar. dia memusingkan kepalanya untuk melihat gerangan itu.
"huarggggh!! good morning." ucap Iqbal dengan muka mamainya.
Isma melihatnya pelik. "kau apasal ni nyah? dengan muka baru bangun tidurnya."
Iqbal melihat Isma dengan mata kuyunya. "hm, aku tidur lambat. main game."
mendengar itu, ringan saja bibir Puan Zulaika untuk membebel. "hah main game je! lain kali kahwin jelah dengan game tu! pagi game, tengah hari game, petang game, malam game, apa lah nak jadi dengan kamu ni hah?!"
sepantas kilat Puan Zulaika berleter padanya. terkebil - kebil Iqbal jadinya.
"kalah rapper orang luar negara. laju gila." bisik Isma perlahan. Tengku Irfan mengangguk setuju memandangkan Isma duduk berdekatan dengannya. so dengarlah bisikan Isma itu. isterinya belum tentu denga--
"mummy dengar Isma." mata Puan Zulaika mula tertuju padanya.
"dah lah, semua nak sakitkan hati mummy ni! hah, menang lah kamu semua. biar mummy je yang kalah!" rajuk Puan Zulaika.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...