MIM 44

95 0 0
                                    

- You already mine sayang -

"sudah lah Isma, aku penatlah dengan semua ni." Iman mengeluh.

Aira disebelah mengusap bahu Iman perlahan. dia sekadar mendiamkan diri sahaja.

"but... tak boleh ke Iman bagi abang peluang? untuk tebuskan semua salah abang dekat Iman?" pinta Isma.

Iman merenung Isma tajam. "dulu kau kemain hina aku, hina anak aku! but now? merayu pulak? tahu tak, kepercayaan aku dekat kau dah tak ada dah! sikit pun tak ada!"

Isma menggigit bibirnya. ayat - ayat Iman itu amat memedihkan hatinya.

"please sayang, kali ini abang merayu sangat - sangat. kalau nak abang melutut merayu pun abang sanggup."

baru sahaja Isma mahu melutut, Iman sudah menegah. "kau tak payah nak melutut bagai. kau buat lah apa - apapun, aku memang dah tak boleh percayakan kau lagi."

jeda.

"aku maafkan kau, Isma. tapi kalau nak kembali dekat kau sorry to say, aku tak boleh. nanti aku failkan surat penceraian--"

"ENOUGH!!" jerkah Isma.

terhinjut bahu Iman jadinya. dia hanya menatap Isma tanpa rasa gerun walaupun tadi dia hanya terkejut.

"saya tak nak kita berpisah! awak faham ke tak?!" Isma mencerlung tajam ke arah Iman.

"tapi aku nak." Iman menjawab berani.

Isma mengeluh. begitu payah mahu dia berkata lagi. dadanya merasa sempit mendengar perkataan cerai dari mulut Iman.

Iman menunduk sedikit, matanya dipejam perlahan. sesungguhnya, dia pun tidak suka akan berlaku ketika ini. dadanya pun turut berasa sesak.

jujur, dia pun tidak ingin berpisah dengan Isma tetapi dia.... dia takut. takut akan realiti.

"aku balik dulu, assalamualaikum." Iman berjalan ke tepi dan terus melangkah keluar dari klinik bersama Aira.

baru sahaja Iman mahu keluar, tubuhnya dipeluk dari belakang. langkahnya terhenti.

"sayang, please... abang merayu." Isma menangis di bahu Iman.

Iman mengetap bibirnya perlahan. mendengar rintihan Isma itu membuatkan dirinya lemah. dia tidak boleh orang merayu kepadanya.

Iman menolak perlahan tubuh Isma. "i'm sorry, i need to go."

Iman dan mula melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang.





Isma memakirkan keretanya di garaj kereta Tengku Irfan. dia melangkah masuk ke dalam rumah agam Tengku Irfan dengan longlai.

tiba di ruang tamu, terlihat Puan Zulaika sedang menonton televisyen. Puan Zulaika berpaling ke arah Isma.

"eh angah? tak kerja ke harini?" soal Puan Zulaika pelik.

tak silap dia, harini Tengku Irfan cakap pagi ni ada meeting penting. tapi persoalannya, macamana Isma boleh ada kat sini. mesti Tengku Irfan tengah mengamuk teruk dekat pejabat sekarang ni agaknya.

Isma datang menghampiri Puan Zulaika lalu direbahkan kepalanya di riba Puan Zulaika. makin bertambah hairan Puan Zulaika jadinya. tidak pernah - pernah Isma berkelakuan macamni sebelum ni.

tiba - tiba terdengar esakan kecil dari Isma. panik Puan Zalika jadinya. "eh angah, kenapa ni?"

Isma tidak memberikan sebarang respons. dia hanya dengan tangisan hibanya sahaja.

Puan Zulaika mengusap belakang badan Isma. risau dia lihat Isma ketika ini.

"mummy, Isma berdosa my. berdosa dekat mummy daddy, isteri dengan anak - anak angah. angah memang anak dengan suami tak guna kan?" adu Isma.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now