- You already mine sayang -
Iman memandang langit senja. Dia memejamkan matanya seketika.
'Sungguh, aku masih belum dapat maafkan dia'
Iman mengeluh perlahan. Peristiwa hitam masih segar di ingatannya walaupun sudah setahun peristiwa itu berlaku.
Dia masih belum maafkan lelaki yang memukul ayahnya sedangkan ketika itu ayahnya sudah tiada.
Hanya jasad yang ada, roh sudah pergi menghadap Illahi.
Flashback
Iman merenung pusara di hadapannya ini. Dia menggigit bibirnya perlahan.
"Maaf, Encik Hakim dan Puan Raihana tidak dapat diselamatkan. Kami dari pihak hospital mengucapkan salam takziah dan maaf buat keluarga awak"
Itulah yang didengar olehnya apabila sedar dari tidurnya selama dua hari. Tidak dapat digambarkan betapa sedihnya dan marah kepada lelaki bangsat itu.
Tepat sahaja dia pulang ke rumah bersama Intan, lelaki cina itu bersama teman wanitanya berada di hadapan pagar rumahnya.
"You Iman Humaira kan?" Tanya lelaki cina itu.
Hati Iman mula membara marah. "Eh, kau awat mai sini hah?! Lepas apa kau buat dekat bapak aku berani kau tunjuk muka kau depan aku?!" Tengking Iman.
Intan membuat muka pelik. "Dia buat apa dekat arwah abi?" Tanya Intan pelik.
Iman mengabaikan soalan Intan itu. Kakinya melangkah pantas ke arah lelaki itu lalu menghayunkan penumbuknya tepat ke wajah lelaki itu.
Buk!
Terduduk lelaki itu buatnya.
"Lucca!" Teman wanita itu terjerit sedikit lalu membelek wajah Lucca.
"Hey! What are you doing just now huh!" Marah teman wanita itu.
"I datang sini sebab nak mintak maaf dekat you Humaira" Beritahu Lucca.
"It's okay Moon. Ini yang patut I dapat sebab tumbuk ayah Humaira sedangkan dia dah tiada" Lucca menundukkan sedikit wajahnya.
Terkedu Intan jadinya. "Ka -- Kau tumbuk ayah aku? Kau tumbuk ayah aku??!"
Terus Intan menarik kolar baju Lucca dan memberi penumbuk di wajahnya.
Buk!
"Ni sebab kau tumbuk ayah aku!"
Buk!
"Ni sebab kau tak ada sifat keperimanusiaan!"
Buk!
"Ni sebab aku betul - betul marah dengan kau!"
Moon menarik tangan Intan kuat membuatkan Intan hampir tidak dapat mengimbangkan diri. Nasib Iman menahan tubuh Intan.
"Aku tak tahu nak cakap macamana..."
Iman menghembus nafas lemah.
"..... Kita settle dekat mahkamah jelah"
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...