- You already mine sayang -
Iman memandu kereta dengan tenang. Jammed di hadapannya ditempuhi dengan sabar.
Rilek sudah.
Ada ketikanya dia memeriksa telefonnya. Takut ada parents anak murid yang mesej nya.
"Awat lama sangat stuck ni? Ada apa dekat depan tu?" Soal Iman sendirian.
Hairan, jalan yang tak pernah jammed langsung tiba - tiba jammed.
Iman mengambil keputusan untuk lihat info di waze.
"La ilaha illallah apa hal pulak repair jalan waktu sekarang ni?" Rungut Iman.
Ada info dari waze menyatakan bahawa ada pembaikan jalan sedang berlaku di hadapan. Ramai orang yang marah dan tulis kata - kata cacian di komen waze itu.
Pin! Pin! Pin!
Ramai orang mula membunyikan hon. Iman hanya membuat tidak tahu sahaja.
Nak kata diorang salah tapi bukan salah diorang. Tapi salah si pembaiki jalan tulah. Waktu orang pergi kerja sibuk nak buat kerja.
Tiba - tiba telefon Iman berbunyi. Lantas Iman menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum Humaira, Humaira tak datang ke hari ni?"
"Waalaikumussalam, saya datang kak. Tapi sekarang ni saya stuck dalam jammed kak. Saya tak tahu lah bila boleh sampai ni." Beritahu Iman.
Sempat dia menjeling ke arah jam di radio kereta dan matanya terbuka luas.
7.59 a.m. !
"Oh okay okay. Bawak kereta elok - elok. Assalamualaikum."
Iman menjawab salam lalu mematikan panggilan itu.
"Allah. Aku rasa aku dah keluaq rumah punyaaa lah awal tapi disebabkan jammed ni saja buat aku lambat! Tak guna betul!" Marah Iman.
Kereta hadapan mula bergerak, Iman tanpa berlengah terus menekan minyak dan berlalu pergi.
Iman membuka pintu kelas untuk pelajar 6 tahun. Nafasnya tercungap - cungap kerana berlari naik tangga.
"Assalamualaikum semua, teacher mintak maaf ye sebab lambat." Pinta Iman tidak cukup nafas.
Iman meletakan kedua - dua belah tangannya di atas meja. Badannya ditundukkan sedikit bagi menghilangkan penat.
Tulah, lama sangat tak bersenam. Hilang habis stamina sebelum ni haih.
"Teacher, teacher okay ke?" Soal Zafran.
Iman mengangkat pandangannya, dia melihat Zafran yang agak risau akannya.
"I'm fine, Zafran. Don't worry." Jawab Iman.
Dia melihat Danish yang sedang tersenyum ke arahnya.
"Hai Danish, sihat?" Soal Iman sengaja. Dia nak tengok apa yang Danish akan jawab nanti.
"Sihat, mak ngah." Jawab Danish bersahaja.
Terkedu Iman jadinya.
' Aku ingat dia akan panggil aku teacher tapi mak ngah weyyy ' Jerit hati Iman.
"Aik, sejak bila teacher Humaira jadi mak ngah Danish?" Soal Zafran.
Semua orang melihat ke arah Danish dan Iman.
Iman mula memaki dirinya atas kebodohannya itu. Dalam hati.
"Okay class, can we start now? Pay attention at me okay." Putus Iman untuk mematikan soal jawab itu.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...