Iman menguatkan diri memandu keretanya.
sekarang ini dia perlu ke Cheras untuk mengambil pakaiannya.
fikirannya terlalu serabut ketika ini. Safiyya disebelah sudah tidur kerana atas arahannya.
"mana kau nak duduk lepas ni, Iman?" soalnya perlahan.
takkan lah dia nak balik kajang? mesti Intan dan Aleeya akan menyoalnya macam - macam soalan.
dan, dia takut Intan pergi menyerang Isma nanti.
bukan dia tidak tahu keberanian adiknya itu. kalau ada orang lain sentuh orang yang dia sayang memang habis orang itu dia kerjakan.
Iman berhenti kan kereta di hadapan pagar. Iman keluar dari kereta tanpa mematikan enjin. dia menekan punat unlock pada pemegang pintu kereta untuk kunci kereta.
Iman masuk ke dalam rumah dan mengemas barang - barang pentingnya. barang - barang Safiyya turut dikemas.
selesai, terus dia turun ke bawah dan keluar dari rumah.
dia tidak mahu melihat persekitaran rumahnya. takut teringatkan momen mereka bersama.
Iman berjalan ke arah keretanya, tetapi matanya melihat ke arah garaj dimana kereta yang dihadiahkan oleh Isma kepadanya.
Iman menghampiri kereta itu. tangannya naik memegang kereta Mercedes AMG kepunyaannya.
"semoga awak berjumpa dengan tuan jauh lebih baik dari Iman. Iman sayang awak." bisik Iman perlahan. dia mencium sedikit permukaan bonet hadapan.
Iman menyambung langkahnya ke arah kereta. dia menyumbat segala barangannya di dalam but kereta.
dia masuk ke dalam kereta lalu meneruskan perjalanan.
"hello?" Aira bersuara perlahan sebaik sahaja menjawab panggilan. dia menguap besar akibat tidurnya terganggu.
"assalamualaikum Aira, sorry kacau kau. kau dah tidur ke?" soal Iman.
"waalaikumussalam, haah aku dah tidur tapi terjaga. kenapa ni?" Aira menggosok kelopak matanya perlahan bagi menghilang kantuk.
"Aira, kau duduk sorang kan?"
"ya. cakap lah cepat kenapa ni?" Aira tidak sabar. dia agak bengang kerana ada orang mengacau tidurnya.
"aku nak tumpang rumah kau boleh tak?"
"HAH?!" terbuka luas mata Aira jadinya. terkejut dia mendengar ayat Iman itu.
"sekarang ke?"
"haah"
"malam - malam ni? kau dengan Isma ke?" soal Aira. jangan lah Iman membuat kerja gila.
"tak, aku dengan Safiyya je. nanti aku cerita apa yang berlaku. boleh tak?"
"boleh - boleh! jap aku hantar location. tapi rumah aku jauh lah. kalau dari rumah Tengku Irfan ke rumah aku around 12 km jugak lah." terang Aira.
"tapi sekarang ni aku dekat Cheras. ambik baju - baju aku"
"uish, erm around 25 km camtu lah. kau slow - slow lah. jangan bawak laju - laju. dah lewat ni" pesan Aira.
"okay. terima kasih Aira"
sebaik tamat panggilan, terus Aira membuka whatsapp dan menghantar location rumahnya kepada Iman.
"haih, Isma buat problem apa lagi ni" keluh Aira.
letih Aira jadinya mendengar perangai Isma yang semakin teruk ini. dia seolah - oleh tidak kenal pada Isma yang dulu agak matang pemikirannya.
Iman menghirup air nescafe panas yang dibancuhnya. matanya hanya merenung ke langit membiru.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...