Ktung! Ktang!Suasana dapur rumah Isma bingit dihiasi dengan bunyi lagaan sudip dan kuali. Alahai.
Isma menyeka peluhnya. Dia tersenyum puas melihat hidangan yang dibuatnya itu.
"Aha! Siap juga masakan aku ni! Ada juga bakat aku memasak eh." Isma memuji dirinya sendiri. Siapa lagi nak puji dirinya lagi melainkan diri sendiri. Love yourself!
Dia menutup skrin iPad yang tadi memaparkan video resepi Khairul Aming. Hidangan di dalam kuali itu amat menarik seleranya untuk makan.
Tak lain dan tak bukan, PASTA SIMPLE BY KHAIRUL AMING !! Sedap ye!
Isma mengambil mangkuk bersaiz besar lalu mencedok pasta itu ke dalam mangkuk tadi. Selesai sahaja, dia membawa mangkuk itu ke ruang meja makan untuk hidang.
Pusing sahaja ke kanan, Isma terlompat ke belakang sedikit. Dadanya berdegup laju.
"Ya Allah! Haih, ian ian! Terkejut papa tengok awak dekat situ." Bebel Isma lalu meletakkan mangkuk itu cepat.
Dia mendukung tubuh kecil Aryan itu lalu menggeletek perut Aryan. Aryan tergelak kuat.
"Naughty boy! Hey la, nasib papa tak pijak awak je tadi. Kalau tidak, mati kutu papa nak menjawab dengan nenek kesayangan awak tu." Ujar Isma lalu berjalan ke arah ruang tamu.
Sampai sahaja di ruang tamu, terlihat Alyssa yang sedang bermain dengan jarinya sendiri. Televisyen yang memaparkan Asmaul Husna itu menjadi penemannya.
Isma meletakkan tubuh Aryan itu di toto yang Alyssa baring itu. Aryan mencemberutkan mukanya, tidak suka apabila dia dibaringkan.
"Hey, kenapa buat muka macamtu? Tak nak baring ke?" Soal Isma.
Aryan menggelengkan kepalanya. Badannya mengiring ke kiri lalu berubah posisi duduk. Isma menggelengkan kepalanya. Macam - macam lah telatah dua beradik ni.
Usia baru setahun 7 bulan, perangai macam budak 3 tahun! Nasib Isma ni sabar orangnya. Adalah juga dia membebel pada dua orang anaknya ini kalau perangai tu melampau sangat.
"Pa!" Alyssa memanggil Isma. Tangannya digapai - gapai.
"Yes princess, what you want?" Soal Isma. Dia mencapai tubuh anaknya itu lalu diletakkan diribanya. Dibiarkan Aryan bermain dengan dunianya sendiri.
Tiba - tiba perut Alyssa berbunyi. Alyssa menayangkan raut wajah masam. Isma mengecilkan matanya.
"Princess berak ke? hm?" Soal Isma. Tangannya menarik pampers Alyssa untuk memastikan Alyssa sudah penuh atau tidak.
"Eh, tak pun. Ke.. oh princess papa lapar ke? Alamak, sorry papa ni blur lah. Awak ni tak cakap yang awak lapar, kalau awak cakap papa faham lah." Isma menyalahkan Alyssa.
Alyssa menayangkan wajah hairan. Aik? Aku pulak?
Baru sahaja Isma ingin meletakkan Alyssa, loceng rumahnya berbunyi. Isma mengerut keningnya, siapa pulak yang datang pagi - pagi macamni?
Isma meletakkan Alyssa lalu mencapai bajunya dan dipakai di tubuhnya. Nasib dia sudah memakai seluar panjang.
Isma berjalan ke arah pintu rumah lalu membukanya. Terlihat Iqbal yang melambai - lambai tangannya.
'Aduh, bala' Getus hati Isma.
Tanpa rela, dia menekan button auto gate dari dalam rumah. Iqbal melangkah masuk dengan senang hati diikuti Aleeya.
"Assalamualaikum angahku sayangg!! Adikmu rindu padamu!" Ucap Iqbal lantang.
Isma meletakkan tangannya di dahi. Parah dapat adik terlebih gula macamni.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...