- You are already mine sayang -
Aira menghirup air kopi yang dipesannya tadi. matanya meliar melihat segala di dalam Starbucks itu.
tiba - tiba dia terlihat di satu tempat di mana ada satu pasangan sedang gelak ketawa.
Aira terpaku. dia menggosok perlahan kelopak matanya. dia tidak mahu salah lihat.
"A-- Afiz?" Aira terkejut melihat sosok tubuh Afiz di sini.
dia melihat orang di hadapan Afiz, lantas dia menggigit bibirnya.
' d-- dia dah ada pengganti ke ? '
terus dia mencari telefonnya. dia tidak mahu terus tertanya - tanya.
"hello?" - Afiz
"hello Afiz, you sibuk ke?" - Aira
"haah, i ada meeting ni." - Afiz
Aira mengetap bibirnya. dia merasakan tubir matanya makin menghangat.
"oh okay, maaf mengganggu." - Aira.
terus Aira menamatkan panggilan. dia bangun dari kerusi lalu berjalan membawa bersama cup coffee di tangannya.
sengaja dia lalu bersebelahan dengan meja yang berada Afiz.
Afiz rasa mahu menolehkan kepalanya ke kiri dan alangkah terkejutnya dia melihat Aira yang sedang berjalan ke pintu luar.
terus Afiz bangun dari duduk dan mengejar langkah Aira.
"Aira!" panggil Afiz.
Aira menolehkan kepalanya ke belakang. dia hanya beriak biasa sahaja.
"eh hai Afiz." sapa Aira dengan muka tiada perasaan.
Afiz mengeluh sedikit. dia tahu Aira sengaja buat begitu.
"i tahu you dah nampak tadi kan." Afiz memulakan perbicaraan.
Aira hanya mendiamkan diri.
"i nak break." putus Afiz.
Aira hanya kekalkan wajah tiada perasaan walaupun dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
"i tahu you buat macamni sebab i tak bagi perhatian langsung dekat you kan? haih."
"i terima semua ni dengan hati terbuka. i mintak maaf andai semua perilaku i dekat you membuatkan you jadi macamni. you mesti bosan dengan i kan?"
jeda
"cari lah kebahagiaan you. thanks for everything. assalamualaikum." terus Aira melangkah pergi.
Afiz hanya menghantar kepergian Aira dengan ekoran matanya. dia keluh sedikit.
Aira berjalan perlahan - lahan. dia cuba menahan air matanya dari jatuh.
tiba sahaja dia di hadapan keretanya, dia terlihat satu sosok tubuh yang amat fimiliar.
"a-- abang?" kata Aira sepatah.
Anas merenung dirinya. lantas dia memeluk tubuh adiknya.
Aira terpaku. dia cuba memproses apa yang berlaku.
"kenapa Aira tak bagitahu abang yang lelaki tu sakitkan adik? mesti adik abang sakit kan sekarang ni?"
Aira membalas pelukan abangnya. terus dia menghamburkan tangisannya.
"abang, ha-- hati adik sakit bang. sakit sangat." rintih Aira.
Anas mengusap belakang badan Aira. dia saksikan sendiri bagaimana pengakhiran hubungan Aira dengan Afiz.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...