MIM 13

63 1 0
                                    

- You already mine sayang -

Kini, Iman sudah menjadi tunangan Isma. Alhamdulillah, penerimaan keluarga Iman sangat dihargai.

Iman membetulkan kedudukannya di kerusi kereta. Dia mula merasa mengantuk.

"Akak kalau nak lena tu lena jelah. Intan okay je drive sorang - sorang." Beritahu Intan yang sedang memandu itu.

Safiyya dan Aleeya sudah berada di alam mimpi. 

Sekarang mereka dalam perjalanan pulang ke rumah. Tadi mereka berempat pergi membeli barang - barang hantaran.

Tu penat semacam.

Iman menganggukkan kepalanya sebelum lenanya mula menjemput.

Intan memandu dengan tenang. Mulutnya kadang mengikut bait - bait muzik dari corong radio. 

Intan masuk ke lorong kiri apabila ada kereta mencucuk belakang keretanya. Laju - laju nak pergi mana pun tak tahu.

Isma masuk ke dalam biliknya dengan muka yang letih.

Letih seharian meeting sana sini. Lepastu kerja berlambak - lambak di pejabatnya. 

Isma merebahkan diri di atas katilnya. Dia memejamkan matanya seketika. Bagi hilang segala penat.

Isma membuka matanya. Dia termenung seketika.

"Rindu lah dekat cik tunang. Nak call lah." Terus Isma mengeluarkan telefonnya dari dalam poket seluar lalu mencari number Iman.

Intan yang sedang memandu itu sedikit terkejut apabila terdengar bunyi ringtone telefon. Dia melihat Iman.

Iman tiada tanda untuk bangun dan menjawab panggilan. Terpaksa lah Intan memanjangkan tangannya untuk mengambil telefon Iman.

"Hello?"

"Hello assalamualaikum cinta."

"Ni aku lah, Intan."

"Eh? Aku salah tekan number ke?"

"Dak dak, akak aku tidur. Kenapa call akak aku?"

"Ooo tidur ke... Tak adalah saja call dia."

Jeda.

"Kau tengah drive ke, Intan?"

"Haah."

"Oh tak apalah, aku letak dulu lah. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."






Iman memandu keretanya mengikuti Axia Advance kuning milik Aleeya di hadapannya. Mereka sedang berada di Lebuhraya Utara - Selatan.

Balik nikah you.

Mereka bertolak dua kereta kerana nanti Isma akan balik ke KL bersamanya. Safiyya akan balik bersama Intan dan Aleeya.

Iman sekadar mengikuti kereta Aleeya kerana Iman tahu yang bawa kereta Axia bukan Aleeya tapi Intan.

Aleeya mana reti jalan ke arah Utara. Yang dia reti ke belah Pantai Timur. Maklumlah, member orang Pantai Timur.

Tiba - tiba telefonnya berbunyi menanda orang call. Iman mengambil telefonnya lalu menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam bakal menantu mummy."

Iman tersenyum. Puan Zulaika melayannya sangat baik.

"Ye mummy?"

"Humaira dekat mana dah tu? Dah gerak kan?"

"Humaira dah sampai Ipoh. Lagi 2 jam macamtu kot sampai."

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now