MIM 49

83 2 0
                                    

- You already mine sayang -


IMAN duduk di birai katil. dia mengelap air matanya yang sedari galak membasahi pipinya.

"Allahuakhbar, sakit..." rintih Iman perlahan.

kepalanya begitu berat, rasa berpusing - pusinh sahaja. tekak nya berasa perit kerana dari tadi asyik muntah sahaja.

lagi parah, langsung tiada bekalan air di dalam bilik tidurnya ini. kalau nak minum juga kena turun bawah.

Iman mengambil telefonnya yang berada di atas katil lalu melihat lock screen.

"haih, baru pukul 2.45 pagi." keluh Iman.

tiba - tiba perutnya berbunyi. Iman mengusap perutnya.

"anak - anak mama lapar ya? mama pun lapar juga. tapi tak elok lah makan waktu macam ni." ucap Iman sendirian.

merasakan tendangan dari dalam perutnya itu membuatkan Iman mengukir senyuman manis.

tiba - tiba ada sesuatu terlintas di kepalanya. dia mengusap perutnya perlahan.

"apa khabar papa awak ya?" Iman bersuara perlahan.

sekeras - keras hatinya, tapi dia tidak boleh melawan rasa rindunya.

"mama harap papa awak sentiasa sihat. harap dia tak lupakan mama di sini."

rasa tendangan dari dalam perut itu membuatkan Iman tersenyum nipis.

"nanti kita jumpa papa ya?"







ISMA membuat kerja dengan tekun. wajahnya hanya serius, langsung tidak dihiasi dengan secalit senyuman.

tiba - tiba pintu bilik dibuka. Isma mengangkat kepalanya dengan kerutan di dahi. siapa yang bukak pintu bilik tak ketuk ni?

wajah Tengku Irfan dan Puan Zulaika menghiasi kornea matanya. Isma mengerut keningnya.

"mummy? daddy?" sapa Isma pelik.

"assalamualaikum, sibuk ke?" soal Tengku Irfan dengan senyuman.

mereka masuk ke dalam bilik dan mengambil tempat duduk di sofa.

"waalaikumussalam, haah boleh lah jugak. nak siapkan lagi sikit sebelum meeting pukul 3 nanti." jawab Isma sebelum bangun menghampiri Tengku Irfan dan Puan Zulaika.

dia menyalami kedua - dua insan itu. Puan Zulaika mengusap pipi anaknya itu.

"ya, sibuk - sibuk pun jangan lupa makan. sekarang dah lunch hour, mari makan. mummy ada bawak makanan ni."

Isma duduk di sofa bertentangan dengan ibu bapanya. dia mengeliat terlebih dahulu untuk membetulkan urat - uratnya.

"mummy masak apa?" soal Isma.

"nasi ayam. daddy kamu yang request." jawab Puan Zulaika sambil menghidangkan makanan.

siap saja hidang dan bacaan doa, Isma terus makan dengan berselera.

Tengku Irfan dan Puan Zulaika hanya melihat anaknya yang sedang makan itu. mereka sudah makan di rumah lagi.

"seleranya anak mummy ni makan. kamu tak sarapan kan pagi tadi?" tebak Puan Zulaika.

hampir tersedak Isma jadinya. macamana mummy nya tahu?

"ingat mummy tak tahu? kamu keluar rumah punya lah awal, and mummy guarantee kamu straight ke pejabat terus. tak singgah mana - mana beli sarapan. tak elok lah asyik skip sarapan." bebel Puan Zulaika

Isma menggaru kepalanya perlahan. alamak, kena bebel lah pulak.

baru Puan Zulaika mahu sambung mukadimah nya, pintu bilik sekali lagi dibuka dan terpampanglah wajah Iqbal.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now