- You already mine sayang -
Iman bermain telefonnya. Kadang matanya melilau melihat luar.
Isma di hadapannya rancak bersembang dengan Naim yang sedang memandu itu.
Safiyya dan Danish ada di belakang sedang bermain bersama - sama. Untunglah dah ada kawan.
Puan Zulaika di sebelah kanannya sedang bermain telefon. Ada kalanya dia menepuk perlahan peha Dania yang sedikit meragam.
Iman ada menawarkan diri untuk menjaga Dania tapi ditolak lembut oleh Puan Zulaika. Bukan Puan Zulaika tidak mahu bagi Dania kepada Iman tapi dia tahu Iman dalam keletihan.
Iman menaip mesej kepada Isma.
Abang ♥️
abang, kita nak pergi mana sebenarnya ni?
- sayang tunggu je dulu. nak sampai dah ni
*seen
Iman menggulingkan bebola matanya. Rahsia je kerja!
Iman melihat sekeliling dalam kereta itu.
' Macam sama ja dengan kereta Serena abi dulu. Tapi Velfire ni lebih style lah '
Kereta Velfire hitam itu berhenti di hadapan sebuah rumah banglo teres 3 tingkat.
Isma keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk Iman.
"Sayang, kita dah sampai!" Beritahu Isma gembira.
Iman keluar dari kereta itu lalu memandang rumah di hadapannya ini.
"Rumah siapa ni? Macam kosong je. Tak ada orang pun."
Tiba - tiba tangan Iman diletakkan sesuatu. Iman melihat tangannya dan seketika dia menayangkan wajah terkejut.
"Abang, jangan cakap yang..."
Isma menganggukkan kepalanya.
"Yes, our home." Isma tersenyum manis.
Iman merasakan tubir matanya mula dipenuhi air.
Iman melihat kunci di tangan kanannya itu.
"Sayang, bukak lah pagar rumah." Arah Isma.
Iman menekan remote pagar yang berada di tangannya dan kedua - dua belah pagar itu terbuka.
"Jom masuk." Ajak Isma lalu mereka semua masuk ke dalam rumah.
Iman memandu keretanya dengan bosan. Dia sekadar mengikuti belakang kereta Isma.
Tak masalahnya sekarang ni memang Cheras kerja jammed ke apa? Bosan pulak Iman jadinya dari tadi tersekat dalam jammed.
Safiyya di sebelah sedang seronok menonton Didi & Friends di iPad mini milik Isma.
Iman pun tak tahu lah berapa juta lah gadget yang Isma ada. Tiba - tiba ja Safiyya datang dekat dia sambil tunjuk iPad tu.
Safiyya kata Isma dah tak pakai pun iPad tu tapi iPad tu baru beli lima bulan lepas.
So, Isma dengan berbesar hatinya memberi terus iPad itu kepada Safiyya.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...