- You already mine sayang -
"dia cakap macamtu?" Farah melihat suaminya tidak percaya. peha Dania ditepuk perlahan bagi menidurkannya.
Ikram menganggukkan kepalanya. Farah mengeluh sedikit.
"i takut lah nak jumpa Humaira. ni semua salah i. kalau bukan disebabkan i yang tak kemas mainan yang Danish main tu mesti semua ni tak jadi" Farah menundukkan wajahnya.
Ikram duduk di birai katil bersebelahan isterinya. tangan isterinya dicapai.
"sayang, jangan salahkan diri sendiri. semuanya dah jadi. lagipun mereka berdua dah terima kepergian anak tu" pujuk Ikram.
"tapi i lah punca buatkan mereka berdua bergaduh! i lah punca mereka berdua tersiksa!" air mata Farah jatuh membasahi pipi.
dia takut dia akan dibenci oleh Iman mahupun Isma. dia telah menganggap mereka berdua seperti adiknya sendiri.
Ikram memeluk tubuh isterinya. Farah menyembamkan wajahnya di dada Ikram. dia menangis di dada Ikram.
"shh, jangan menangis sayang. you buat i sakit sayang. you tahu kan i sakit tengok air mata you tu." Ikram mengusap belakang badan isterinya.
"i kesian dekat maira. mesti dia tersiksa kan sekarang ni? berpantang pun Isma nak tak nak jaga." Farah bersuara sayu. mesti biras nya tersiksa ketika ini.
kalau ini terjadi pada dirinya memang mahu dia bunuh diri. anak dah tiada, suami pun layan nak tak nak. boleh gila dia jadinya.
Iman melihat ke arah tingkap bilik. sinar matanya begitu layu.
hatinya begitu sakit. sakit sangat. tidak pernah dia merasa sakit sebegini. ayat Isma semalam begitu menghancurkan sekeping hatinya itu.
Flashback.
Iman sudah duduk di bilik berpantangnya apabila sudah dikemaskan oleh mak Senah. suasana di dalam bilik itu sudah gelap apabila Puan Zulaika menyuruh dirinya untuk tidur.
tapi entah kenapa matanya masih tidak mahu pejam. padahal dia sudah rasa mengantuk teramat.
tiba - tiba suara di luar bilik mendapat menarik perhatiannya. dia mendengar dengan teliti.
"kenapa kamu buat isteri kamu macam tu, Isma? tahu tak sekarang ni dia perlukan kamu, sokongan dari kamu! bukannya buat macamni!" marah Tengku Irfan.
"huh buat apa Isma nak duduk dengan orang yang dah gugurkan anak Isma. daddy tak payah nak back up perempuan macamtu lah! pakaian tak melambangkan kesucian lah!" balas Isma biadab.
zap!
Iman begitu tidak percaya akan butir perkataan yang dikeluarkan oleh Isma itu. tersangat - sangat lah kurang ajar apabila menghina pakaiannya.
"kamu jangan biadab Isma!" Tengku Irfan mula naik angin. wajah anaknya dipandang tajam.
"apa? salah ke apa yang Isma cakap? tak sekarang ni kenapa semua back up perempuan tu eh? apa yang perempuan tu buat semua je betul! yang Isma buat semuanya salah!" bentak Isma.
Iman mengalirkan air matanya. hatinya sudah hancur apabila dikatakan sedemikian. lantas dia memejamkan matanya. cuba untuk tidur. tidak mahu mendengar lagi perkataan yang bakal dikeluarkan oleh Isma itu.
End Flashback.
Iman menggepal penumbuknya. tiba - tiba rasa marahnya mula muncul.
"dia kata aku lah punca anak ni gugur? yes, memang aku punca but aku tak sengaja! dia tak boleh assume aku macamtu! dia ingat dia malaikat ke? langsung tak pernah buat salah?"
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...