MIM 10

86 1 0
                                    

- You already mine sayang -

Intan memandu motor dengan tenang menyusuri jalan raya yang sibuk itu. Jammed nokk.

Aleeya di belakang tersengguk - sengguk kepalanya akibat menahan kantuk yang kian menghampiri.

Aleeya menguap besar. "Intan, lambat lagi kan nak sampai?" Tanya Aleeya.

"Lagi 2 minit sampai. Aku tak tahu lah kenapa pagi ni jem teruk gila haihh," Rungut Intan.

"Intan, aku nak tidur boleh tak?"

"Aleeya kesayanganku, kita ni sikit je lagi nak sampai. Nanti kita singgah vanding machine beli nescafe okay?" Pujuk Intan lembut.

Aleeya mengangguk perlahan. Sumpah, sekarang dia teramat - amatlah mengantuk kerana malam tadi dia langsung tidak tidur. Sibuk siapkan assignment sampai tidak sedar dah subuh.

Intan masuk ke bahagian parkir motor lalu memakirkan motornya di petak parkir yang kosong. 

Intan menurunkan gear motornya hingga ke N lalu mematikan enjin. Lantas Aleeya turun dari motor lalu membuka helmet.

Awning tudung bawalnya yang hancur itu diabaikan. Dia membetulkan baju dan beg sandang laptop di badannya.

Intan menarik tudung Aleeya bagi melabuhkan di bahagian dadanya. "Eee kau nii, tudung kena lah labuhkan!"

Intan menilik pakaian Aleeya dan matanya tajam ke arah tangan Aleeya.

"Mana handsock kau?" Tanya Intan dingin. Matanya mencerlung tajam ke arah Aleeya.

Aleeya tersengih. "Aku terlupa lah nak pakai," Aleeya memberi alasan.

Intan mengeluh sedikit lalu membuka zip bag nya. Dia mengeluarkan handsock spare yang sentiasa berada di dalam bag nya itu kepada Aleeya.

"Pakai," Arah Intan. Aleeya mengambilnya lalu memakainya.

"Dah siap!" Aleeya menunjukkan tangannya yang sudah dibaluti handsock itu.

"Good, dah jom. Kita pergi vanding dulu pastu pergi kelas," Mereka mula berjalan pergi.





Iman duduk di tempat duduk yang disediakan dalam showroom Honda itu. Di sebelahnya terdapat Safiyya yang sedang membaca novel Dheo's. 

Pinjam Aleeya punya.

Mereka sedang menunggu kereta Honda Hr - v itu service. Iman memejamkan matanya. Jarinya menekan - nekan tasbih digital di jari telunjuk kanan nya.

Sedang dia berselawat, dia disapa seseorang.

"Assalamualaikum," Ucap Isma lembut. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"Waalaikumussalam," Jawab Iman perlahan.

"Awak datang nak service kereta ke?" Tanya Isma ramah.

Iman menganggukkan kepalanya.

Isma memandang Safiyya disebelah Iman. "Ni adik awak ke?" Tanya Isma lagi.

Iman mendiamkan diri seketika. Dia tak tahu nak jujur atau tidak sekarang ini.

"Ni anak angkat saya," Jawab Iman.

Terkedu Isma jadinya.

"H- how?"

Iman mengeluh sedikit.

"Awak dah kahwin ke sebenarnya Iman?" Soal Isma lagi.

Lantas Iman menggelengkan kepalanya.

"Habis tu kenapa awak kata dia anak angkat awak? Bukan ke kalau nak ambik anak angkat kena kahwin dulu ke? Saya rasa ilmu saya tak cetek tau,"

Iman memandang Isma geram.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now