- You already mine sayang -
Pulau Redang, Terengganu.
Iman mengukir senyuman lebar melihat pemandangan di sini.
"Subhanallah, cantiknya." Ucap Iman perlahan.
Isma di sebelah tersenyum manis. Dia memeluk bahu Iman.
"Sayang happy?" Soal Isma.
Iman menganggukkan kepalanya laju.
Mereka mendiamkan diri. Mereka menikmati ciptaan Tuhan ini.
"Sayang, jom pergi check in? Petang nanti kita keluar lain okay?" Ajak Isma.
Iman menganggukkan kepalanya. Walaupun dia teruja tetapi dia penat juga.
Duduk di dalam kereta berejam penat ya. Tu pun dia bergilir dengan Isma bawak kereta.
Iman menyarungkan tudung sarungnya. Purdah di wajahnya diketatkan sedikit sebelum membuka slide door.
Iman keluar ke bahagian beranda.
"Ya Allah, akhirnya impianku termakbul juga. Package pergi dengan suami lagi." Gumam Iman perlahan.
Tiba - tiba dirinya dipeluk dari belakang. Wangian itu dia kenal.
"Sayang, sayang tak penat?"
Iman menggelengkan kepalanya. Dia dah rehat tadi. Sekarang ini dia mahu melihat pemandangan di sini pula.
Iman mendongakkan kepalanya melihat Isma.
"Isma penat? Kalau Isma penat pergi lah rehat. Iman nak tengok pemandangan." Bagitahu Iman.
Isma menganggukkan kepalanya.
"Isma nak rehat kejap tau. Nanti kalau dah asar kejut Isma okay." Tutur Isma perlahan.
Kantuk mula menguasai Isma. Isma melabuhkan ciuman di kepala Iman lalu masuk ke dalam.
Iman sambung menghayati permandangan di luar.
1 jam kemudian.
Iman menepuk perlahan bahu Isma.
"Isma, bangun. Dah asar nih." Kejut Iman. Tangannya masih menepuk bahu Isma.
Tiba - tiba dirinya ditarik hingga dia terjatuh di atas Isma. Dia terjerit sedikit.
"Aaa!"
Iman menutup matanya. Tiba - tiba dahinya di cium.
Iman mengangkat pandangannya melihat Isma. Dia mengetap bibirnya.
"Isma, awak ni kan memang sengaja." Tutur Iman geram.
Isma tertawa kecil. Dia mencubit perlahan pipi Iman.
"Alo, sayang marah ke?" Soal Isma sengaja.
Iman menunjukkan sepit ketamnya. Lantas Isma menggelengkan kepalanya.
Takut!
"Dah, awak bangun solat cepat! Mengada lah nak peluk - peluk bagai." Bebel Iman lalu bangun dari atas Isma.
Tetapi Isma lebih pantas. Isma mengetatkan lagi pelukannya.
"Isma! Lebih baik awak lepaskan saya sekarang!" Marah Iman.
"Tak. Sampai bila - bila pun Isma tak akan lepaskan sayang."
Iman terdiam.
Isma mengerut keningnya apabila melihat Iman yang mendiamkan diri itu.
"Sayang? Are you okay?" Soal Isma risau.
Iman memandang Isma.
"Awak janji kan yang awak tak akan lepaskan saya?" Soal Iman.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...