Iman yang sedang mengajar itu tersentak apabila pintu kelas diketuk. terjengul wajah Yasmeen di hadapan pintu.
"yes Yasmeen?"
"maira, suami maira nak jumpa. dekat bawah." beritahu Yasmeen lembut.
Iman mengerut keningnya. tiada angin, tiada ribut. tiba - tiba saja Isma muncul dan ingin bertemu dengannya. kena sampuk setan mana ni?
"suruh dia balik saja. maira tengah mengajar." kata Iman mendatar.
Yasmeen menggelengkan kepalanya. "tapi takkan lah sekejap pun tak boleh? itu kan suami maira? kalau pasal mengajar, meh Yasmeen tolong gantikan tempat maira." tawar Yasmeen.
baru saja Iman mahu mencipta alasan lain, Yasmeen menyambung.
"no excuse."
Iman mencebik disebalik purdahnya. huh, kawannya pun tak nak support dia.
nak tak nak, terpaksa lah dia melangkah turun ke bawah untuk berjumpa dengan Isma walaupun hati tidak rela.
Yasmeen terus menggantikan tempat Iman tadi dan menjaga murid - murid 6 tahun itu.
Iman berjalan ke arah pagar. terlihat Isma sedang membelakanginya. Iman menggulingkan bebola matanya. menyampah.
apabila mendengar derapan kaki seseorang, terus Isma memalingkan wajahnya ke belakang. dia melihat Iman yang kini dihadapannya.
"nak apa?" soal Iman mendatar.
Isma tersenyum sinis. dia menjeling Iman dihadapannya.
"oh tak ada apa, cuma nak pastikan kau hidup ke tak lagi. kalau dah mati senang sikit."
zzap!
begitu dalam pedihnya mendengar ayat Isma itu. Iman menganggukkan kepalanya perlahan.
"okay jugak. kalau aku mati pun, aku takkan bebankan sesiapa pun kan? tapi aku akan bertahan demi anak aku. tapi tulah, bila lah status aku nak berubah ek? penat lah pegang status gantung tak bertali ni."
Isma mengetap rahangnya. dia geram dirinya sendiri. kenapa mulutnya langsung tidak boleh memberi kerjasama ya?
"kau nak berpisah? okay fine. but ada syarat."
Iman setia mendengar walaupun hatinya tidak enak. dia kini sudah tidak kisah. dia lebih rela sanjung ego nya dari kasihan kan lelaki dihadapannya ini.
"aku nak tahu anak dalam perut kau tu sama ada anak aku atau tak. jika ya, maka aku akan takkan ceraikan kau."
Iman menggepalkan penumbuknya. hatinya mula merasa panas.
"eh! sekali pun anak ni anak kau pun aku tak hingin lah nak balik dekat kau! kalau kau nak ceraikan aku lebih baik ceraikan sekarang! aku pun dah tak hingin lah nak hidup dengan manusia tak ada hati perut macam kau!" bentak Iman geram.
"nyenyenye ada aku kesah?"
Iman menggigit bibirnya. menahan diri daripada mengeluarkan kata - kata kesat.
mereka mendiamkan diri. Iman memikirkan syarat Isma itu.
"okay, aku terima syarat kau tu. 23/7, jumpa dekat klinik. kau boleh lah confirm kan sama ada anak ni anak kau atau tak." putus Iman.
Iman terus memusingkan badannya ke belakang dan berjalan masuk ke dalam tadika. sakit hati dia melihat senyuman sinis yang terukir di bibir suaminya.
"huh, we will see later."
"WE DID IT!"
Intan dan Aleeya berpelukan. senyuman lebar menghiasi wajah mereka berdua.
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik mereka sudah habis diploma. dan hari ini juga hari Convocation mereka.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...