MIM 35

55 1 3
                                    

- You already mine sayang -

sudah sebulan. dan sebulan ini amat menyiksa buat seseorang insan bernama Iman Humaira.

dihadapan semua orang dia hanya berlagak biasa, tetapi sebaliknya? dia menderita. sangat menderita.

dan kini dia sudah tamat dari berpantang. Iman memandang bilik yang dia huni selama sebulan ini.

"lepas ni maira kena duduk atas balik, maira dah habis pantang"

masih terngiang lagi pesanan dari Puan Zulaika itu. Iman mengeluh lemah.

"tak boleh ke aku duduk dekat bilik ni selamanya? kalau tak pun, biar aku keluar dari rumah ni. lagipun, dia bukan suka aku dah pun."

dia penat. dia lelah. dia kalah dengan perasaannya.

tidak boleh kah dia untuk merasakan bahagia buat kali kedua? adakah ini ujian buatnya? diuji kebahagiannya bersama Isma.

apabila tersedar, lantas dia menepuk mulutnya.

"apa yang kau cakap ni, Iman? kau tak ingat ke apa tugas seorang isteri hah!" marahnya pada diri sendiri.

tugas isteri adalah taat pada suami, patuh pada arahan suami. jadi tulang belakang pada si suami.

Iman bangun dari katil dan menuju ke hadapan cermin. dia mengambil kain purdah di atas meja dan dipakai di wajahnya.

dia menyarungkan tudung sarung hitam selepas selesai mengikat tali purdah di belakang kepala.

Iman mengemaskan sedikit penampilannya. dia memastikan dirinya sudah tutup aurat dengan sempurna baru dia keluar dari bilik.

Iman berjalan ke arah dapur dan dia lihat belakang tubuh Mak Senah yang tekun membasuh pinggan mangkuk itu.

"assalamualaikum mak" ucap Iman lembut. Mak Senah dihampirinya.

Mak Senah menoleh ke belakang dan dia tersenyum. "waalaikumussalam, eh maira. kenapa ni? nak makan ke?"

Iman memeluk tubuh tua itu, kepala Mak Senah dicium. dia amat menyayangi Mak Senah seperti ibunya.

"tak lah, saya tak lapar. saja nak tengok mak buat apa." jujur Iman.

Mak Senah menganggukkan kepalanya. "maira duduk lah dulu, nanti mak datang ye. mak nak habiskan ni sikit lagi."

Iman menghampiri tempat duduk di meja makan dan duduk di atas kerusi. dia menongkat kepalanya.

dia bosan sebenarnya. sekarang ni semua orang pergi kerja. Safiyya dengan Danish pergi sekolah.

Dania ada dekat Playschool. Puan Zulaika dia tak tahu lah ada ke tidak dekat rumah.

Mak Senah menghampiri Iman dan duduk berhadapan dengan Iman.

"kamu fikir apa ni?" soal Mak Senah lembut, tangan Iman diusap perlahan.

Iman melihat wajah tua itu. dia menggigit bibirnya.

"mak.." panggil Iman perlahan.

Mak Senah hanya melihat Iman. dia tahu banyak benda yang difikir oleh menantu majikannya ini.

"salah ke kalau saya nak bahagia?"

Mak Senah terkedu. dia tidak percaya akan persoalan Iman itu tapi dia tidak mahu lah terus bertanya soalan yang lagi memeningkan Iman.

"tak salah kalau nak bahagia tetapi kalau situasi tidak mengizinkan maka tiada bahagia buat kita."

tenang sahaja Mak Senah menjawab persoalan Iman itu.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now