MIM 32

51 2 0
                                    

- You already mine sayang -




Iman memeluk tubuh anaknya lama. "aaa rindu nya dengan pia!" 

"pia pun rindu mama!" ucap Safiyya gembira.

Isma hanya tersenyum gembira. mahu tak rindu? dekat seminggu juga Safiyya berada di rumah agam Tengku Irfan kerana dia ingin bermain dengan Tengku Dania.

keluarga Tengku Irfan langsung tidak kisah kerana banyak je bilik kosong kat sini. lagipun Danish ada teman main. tak adalah asyik kacau Iqbal dengan Naim je.

"lah dah sampai ke? tadi kata baru keluar dari rumah?" sapa Puan Zulaika yang baru tiba di muka pintu.

belum sempat Isma mahu menjawab, Iman terlebih dahulu menjawabnya. "tak ada nya my. waktu mummy call tu kitorang lagi 2 km je nak sampai." potong Iman.

Ismta tersengih. aduh, pecah rahsia. Puan Zulaika menjeling anak lelakinya. ada je akal nak kelentong.

"mari lah masuk dulu. mummy dah siap masak tengah hari ni." ajak Puan Zulaika lalu mereka bertiga masuk ke dalam rumah.





Aira menyelak fail pesakitnya. dia meneliti satu per satu data pesakitya. dia tidak mahu membuat kesilapan.

Tok! Tok!

"masuk!" arah Aira. suaranya hanya tegas sahaja. kerja kan? kena lah serius.

pintu dibuka lalu ditutup. seorang lelaki datang menghampiri ke mejanya.

"Doktor Aira" panggilnya.

Aira mengangkat pandangannya melihat lelaki dihadapannya. riaksi wajah Aira hanya mendatar. 

"Athar, apa yang you dah buat 3 hari lepas? waktu saya tak ada di sini?" soal Aira dingin. 

Athar menelan air liurnya berkali - kali. dia sedang gugup ketika ini.

"Athar, i tak suka repeat soalan i berkali. lebih baik you cakap" mata Aira tajam melihat wajah Athar di hadapannya.

pandangan yang penuh benci dan geram.

Athar menundukkan wajahnya. dia takut melihat wajah Aira di hadapannya. 

"oh you tak nak cakap? i bagi you last peluang je ni." Aira menyilangkan tangannya.

apabila tiada langsung sepatah butir perkataan keluar dari mulutnya, Aira tidak mampu menahan amarahnya.

lantas dia mencapai telefonnya dan mendail nombor seseorang.

"yes Aira?"

"kau busy ke sekarang ni?" 

"not yet. why?"

"kau tahu kan budak intern bawah aku ni buat hal? kau tolong handle dia boleh?"

"oh sure. suruh dia datang jumpa aku dekat bilik aku."

"thanks Wan."

"no problem"

Aira menutup telefonnya. dia melihat Athar di hadapannya. 

"disebabkan kau tak nak terus terang apa yang kau buat 3 hari ni, mulai hari ni kau bukan lagi bawah jagaan aku. selepas ni Doktor Wan yang handle kau." 

"kau tahu kan Doktor Wan tu macam mana kan? so, good luck lah kerja bawah dia." Aira tersenyum sinis melihat wajah takut Athar itu.

"nah, ni fail kau. kau pergi jumpa Doktor Wan terus. dan sila kemas barang kau dekat sebelah. dah berambus" 

Aira menyerahkan fail peribadi Athar kepadanya empunya badan. ikut hati nak baling je. tapi dia tak nak lah kena cop tak professional.

Athar mengambil failnya lalu keluar dari bilik. sebaik pintu ditutup rapat, Aira mengeluh lemah. dia memicit pelipis kepalanya.

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now