4 bulan kemudian...
Iman melipat sisi tudung bawalnya dengan malas. wajah suaminya dijeling geram.
"apa jeling - jeling? cepat sikit siap." Isma menyapu krim sunblock di wajahnya. langsung tidak dihiraukan mood isterinya itu.
Iman mengambil handphone nya di tepi katil dan beg tangan nya di lantai. terus dia keluar dari bilik dan masuk ke dalam lif. dia turun ke bawah terus tanpa menunggu suaminya.
sakit hati!
Iman duduk di sofa ruang tamu dengan perasaan sebal. dia mengeluarkan stokin serta handsock lalu dipakainya.
marah, marah juga. aurat jangan lupa. huhu.
"mama, awning tu... dung" Safiyya berhenti percakapannya apabila dia mula rasa mood ibunya bukan dalam keadaan yang baik.
"okay, semua dah siap? jom." Isma berjalan terus ke pintu utama dan keluar dari rumah. Safiyya berjalan bersama Iman keluar dari rumah. risau nak tinggalkan ibunya, dah la tengah mengandung.
Safiyya menepuk lengan Isma perlahan, "papa, papa buat apa sampai buat mood mama swing ni?" soal Safiyya perlahan.
Isma menggaru kepalanya. okay, dia yang buat mood Iman merudum.
Iman membuka pintu penumpang belakang dan duduk di belakang. Safiyya ternganga sedikit.
"okay, ni betul - betul mama marah ni. papa buat apa ni?" Safiyya mengerut keningnya. hairan dia, mana pernah Iman nak buat perangai macamni.
"tadi papa kejut mama pastu suruh siap. papa ugut mama kalau lambat, papa duduk atas tudung mama. tu kot punca mama bad mood ... mungkin?"
Safiyya menampar bahu Isma. "memang patut lah mama marah! pandai - pandai lah papa pujuk." Safiyya masuk ke penumpang belakang dan duduk bersebelahan dengan Iman.
biar Isma bawak kereta sorang - sorang dekat depan huh. sendiri cari penyakit.
Fakhrul menggosok tapak tangannya. dia sebenarnya tengah nervous ketika ini.
"okay, rul. you can do it! bismillah." Fakhrul berjalan perlahan - lahan ke tempat duduk di mana terletaknya Intan berada.
"assalamualaikum." ucap Fakhrul.
Intan yang sedang berkerut dahi melihat skrin laptop lantas mengangkat wajahnya. "waalaikumussalam." jawab Intan. oh, Fakhrul.
"buzy ke?" soal Fakhrul basa - basi.
"hm, boleh jugak lah. nak kena siapkan assignment sebelum malam ni sebab malam ni deadline" balas Intan.
"kenapa?"
Fakhrul mula rasa gelabah diaju soalan sedemikian. dia cuba untuk tenangkan dirinya terlebih dahulu.
Intan mula rasa pelik apabila tiada balasan dari Fakhrul. lantas dia dongak ke atas untuk melihat wajah Fakhrul.
"erm..." Fakhrul hilang kata. dia gugup ketika ini.
"kau ada benda nak cakap ke?" soal Intan lagi.
Fakhrul menganggukkan kepalanya perlahan. Intan tersenyum sedikit.
"kenapa macam gelabah je ni? ada apa - apa ke kat muka aku sampai kau takut - takut nak cakap ni?" soalnya lagi, lebih kepada nak perli.
Fakhrul menghembus nafasnya sedikit. "are you single?"
Intan terkedu. ni dah kenapa ni tanya pasal status nya? perlahan, dia menganggukkan kepalanya.
Fakhrul mula rasa gembira sedikit. "erm, can you will be mine?"
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...