- You already mine sayang -
Iman berdiri di dalam pagar tadika. Matanya tepat melihat ke arah van berwarna biru yang kian menghilang dari pandangan mata.
"Okay, semua dah balik" Iman memusingkan tubuhnya ke belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat Danish masih di bangku yang disediakan.
Iman berjalan ke arah Danish lalu duduk di sebelahnya. "Danish tak balik lagi ke?" Tanya Iman.
"Belum, ibu dan babah busy" Jawab Danish membuatkan Iman menggarukan belakang kepalanya.
'Aduh, takkan lah aku nak tinggalkan budak ni sorang - sorang ja kat sini? Takkan la tak ada sapa - sapa nak mai ambik dia?' Bisik hati Iman.
"Jom Danish, kita masuk dalam dulu okay? Danish main lah dulu mainan kat dalam sementara tunggu babah Danish ambik" Iman menghulurkan tangan kanannya dan Danish menyambutnya. Mereka masuk ke dalam tadika.
Iman pergi ke arah rak buku di belakang meja kerjanya lalu mencari fail peribadi Danish. Apabila sudah jumpa, Iman mencari nombor telefon waris dan Alhamdulillah ada.
Iman mengambil telefonnya yang berada di atas meja kerjanya lalu mendail nombor telefon waris.
"Hello?" Ucap pemanggil di sana.
"Assalamualaikum, ni waris Tengku Danish Ilyas ke? Encik Tengku Ikram Nufael?" Ujar Iman.
"Waalaikumussalam, ye saya. Kenapa ya dengan anak saya?" Tanya Ikram cemas.
"Eh encik jangan cemas! Saya nak tanya, encik datang ambil anak encik ke tak? Sebab dia kata encik dan isteri encik sibuk" Tanya Iman berhati - hati.
"Eh dia tak balik lagi ke? Ya, memang saya dan wife saya sibuk harini tapi saya dah suruh pak ngah nya datang ambil dia" Jelas Ikram.
Iman mengangguk faham. "Ooo pak ngah nya la yang datang ambil nanti? Lambat lagi tak? Sebab saya kena balik awal ni" Beritahu Iman. Saja dia kata yang dia kena balik awal, kalau tak lagi lama lah dia kena tunggu.
"Oh kejap saya call dia ya"
"Kalau adik encik tak boleh ambil tak apa, saya boleh tolong hantarkan Danish" Laju sahaja mulut Iman berkata membuatkan dia menekup mulutnya.
'Imannn! Apa kau cakap tadiiii!!!!'
"Saya rasa yang tu kot lebih baik. Saya rasa adik saya tu memang akan lewat" Setuju Ikram membuatkan Iman mahu saja menghentuk dahinya laju - laju dekat dinding.
"Saya letak dulu ye? Assalamualaikum" Terus Iman menamatkan panggilan.
Iman duduk di atas kerusi dengan perasaan sebal. Menyesal!
'Dasar mulut mengkhianati tuan!'
Tiba - tiba kedengaran bunyi orang memberi salam dan pintu utama dibuka. Tersembul wajah Safiyya yang baru sahaja pulang dari sekolah.
"Pia, jom balik" Iman mengemas segala barangnya di atas meja kerjanya itu. Dia menaip alamat rumah Danish terlebih dahulu di dalam aplikasi waze.
"Danish, jom teacher hantar Danish balik" Iman menggalas handbag nya di bahu lalu mengambil kunci tadika yang bergantung di sebelahnya.
Iman keluar dari tadika diikuti oleh Danish. Iman mengunci pintu tadika lalu memakai kasit sandal nya.
"Ok let's go" Iman masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Kereta itu mula bergerak di atas jalan raya.
Puan Zulaika bermundar - mandir di ruang tamu rumahnya. Telefon di tangannya dipandang dengan penuh geram.
"Kalau telefon tu asyik buat mode DND je lebih baik buang je telefon tu!" Bebel Puan Zulaika geram.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...