MIM 22

60 1 0
                                    

- You already mine sayang -

Iman membetulkan awning tudungnya bagi mendapatkan bentuk yang sempurna.

"Okay, dah cepat. Kang orang tua tu mengamuk pulak." Iman tertawa kecil apabila gelaran orang tua itu adalah untuk suaminya.

TUA DUA TAHUN JE PUN KAU NIH.

Yelah, umur Iman baru 25 tahun manakala umur Isma 27 tahun.

Iman menyarungkan sandal hitam miliknya lalu berjalan ke bahagian hadapan masjid Sendayan itu.

Iman menghampiri satu bangku yang mana suaminya berserta Iqbal dan Fakhrul berada.

"Ni apa hal pulak ni? Siap ber cermin bagai ni?" Soal Iman pelik.

Iqbal yang sedang memegang cermin itu menayangkan wajah menyampah.

"Laki akak ni lah mengada. Rambut dia tak kemas sikit je pun tu pun nak buat kecoh. Sibuk suruh Iqbal pegang cermin untuk dia." Adu Iqbal.

"Kau lah punca rambut aku tak kemas tu!" Marah Isma yang sedang menyikat rambut.

"Parah." Fakhrul mengurut pelipis dahinya.

Iman menggelengkan kepalanya. Macam - macam.

"Mana mummy dengan daddy?" Soal Iman.

"Tu." Fakhrul memuncungkan bibirnya ke arah lain.

Iman melihat arah yang ditunjukkan itu dan dia lihat Puan Zulaika dan Tengku Irfan sedang berbual mesra di bangku disediakan.

Iman tersenyum. Dia mula teringat akan arwah umi dan abi nya. Dulu, mereka suka duduk di hadapan masjid dan membaca Al - quran bersama - sama.

Iman pada waktu itu tidak sertai bersama kerana dia sibuk di Universiti nya.

"Okay, jom tangkap gambar!" Ajak Fakhrul.

Puan Zulaika dan Tengku Irfan mula menghampiri mereka.

Fakhrul mula menyusun kedudukan. Tugas Fakhrul pada malam ini adalah sebagai photographer sahaja.

"Okay, ready. One, two, three."

Klik!

"Okay now gambar dengan partner." Arah Fakhrul.

Isma, Iman dan Iqbal mula ke tepi. Mereka memberi ruang kepada Tengku Irfan dan Puan Zulaika terlebih dahulu.

"Next."

Kini giliran Isma dan Iman pula.

Gambar pertama mereka hanya melihat kamera sahaja.

Pada gambar berdua, Mereka saling bertatapan mata.

Isma mengukir senyuman manisnya. Iman juga begitu. Mereka langsung tidak bersentuhan kerana mahu menjaga air wuduk.

"Ya Allah, segaknya suami saya ni." Puji Iman.

Isma tersenyum gembira. Mana tak gembiranya, dah lah kena puji. Dengan isteri sendiri kot. Kau hado?

Mrs Isma Mikhael | CWhere stories live. Discover now