- you already mine sayang -
Iman merenung skrin telefonnya geram. dia mendengus kuat.
"ergh! kau dah kenapa eh fon? time time ni lah kau nak buat masalahh!" bebel Iman.
skrin telefon yang memaparkan signal buffering amat menguji keimanannya.
"panas lah pulak telefon nih haih."
Iman mencabut casing telefonnya lalu casing diletak ditepi. bahagian belakang telefonnya diletakkan di depan penghawa dingin kereta.
dia membuka waze menggunakan telefonnya tapi tulah, line tak bagi kerjasama. nak cakap tak bayar bil, bayar dah dua hari lepas.
"argh pakai waze dekat radio kereta jelah!"
Iman meletakkan telefonnya di atas dashboard kereta lalu menekan apps waze di skrin radio.
Iman menaip destinasi yang ingin ditujui dan menekan butang go.
"let's go, drive safely."
Iman memulakan perjalanan. telefon di atas dashboard lupa diambil.
Farah menanti balasan mesej dari Iman dengan penuh sabar. skrin telefon yang memaparkan conversation antara mereka berdua direnung.
"sayang, you buat apa tu?" soal Ikram dari belakang.
Farah menoleh lalu memberikan sedikit senyuman. kepalanya digelengkan.
"tak buat apa - apa pun. cuma tunggu maira reply text i je."
Ikram duduk disebelah Farah lalu bahu isterinya dipeluk. sempat dia melabuhkan ciuman di atas kepala Farah.
mereka mendiamkan diri. Farah mengengggam jarinya.
"biy."
"hm?"
"i tak tahu lah kalau i kena jadi macam maira. mengandung tanpa suami disisi. kalau i, i tak kuat." luah Farah.
Ikram hanya mendengar sahaja.
"i-- i rasa bersyukur sangat. dari i kecil sampai i besar, i hidup bahagia. lepastu dengan kehadiran you dan orang sekeliling i yang sangat baik lagi."
"tapi lepas i dengar cerita apa yang maira alami dari dia kecil hingga sekarang, i rasa... entahlah. i ingat semua orang hidup senang, rupanya tak."
Farah mengambil nafasnya sekejap.
"i harap maira akan dapat kebahagiaan yang dia inginkan satu hari nanti. i nak sangat tengok dia bahagia."
Ikram mengeratkan pelukan. "Insha Allah sayang, maira akan bahagia nanti. kalau bukan di dunia mungkin di syurga. biar masa yang menentukan."
mereka saling berbalas pandangan. tatapan Ikram yang penuh dengan cinta itu membuatkan Farah sangat bersyukur.
dikurniakan lelaki sebaik Ikram. jujur dia katakan, sepanjang mereka berkahwin Ikram langsung tidak membuat masalah.
kalau mereka bergaduh sekali pun, Ikram yang akan mengalah dulu. dia akui Ikram sangat matang.
Aira menanti panggilannya akan bersahut dengan sabar.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romansaبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...