- You already mine sayang -
* This is the story how Iqbal have crush on her *
mac 16, ( 2 years ago )
"Haih, mana lah mamat ni. Janji pukul 5.30 sekarang pukul 6 pun tak nampak batang hidung. Dasar melayu."
Iqbal membebel sambil memandang sekelilingnya. Ada kalanya dia melihat jam di pergelangan tangannya.
"Tak lain tak bukan mesti tengah terbongkang dekat rumah. Haih, ni kalau aku report dekat ayah dia ni mesti kena lesing ja budak ni."
Dia hanya membebel perlahan. Sekarang ini dia berada di pondok bas di hadapan Universiti nya.
Sedang dia menunggu kehadiran Fakhrul Radzi, tiba - tiba ada seorang gadis duduk di bangku pondok bas itu. Jauh dari kedudukannya.
Iqbal hanya membiarkan sahaja gadis itu. Menunggu kehadiran Fakhrul itu memang menguji keimanannya.
Tak sidai orang memang tak sah lah Fakhrul ni.
Tiba - tiba dia terdengar esakan kecil.
"Tsk tsk."
Iqbal menoleh kepalanya ke kanan dan sangkaannya tepat. Gadis itu sedang menangis.
Gadis itu menyeka air matanya kasar. Dapat Iqbal menganalisis bahawa gadis ini sedih but at the same time dia tengah marah juga.
"Kenapa kau nangis untuk benda bodoh tu je? Lemah lah kau ni, leeya. Haha orang lemah je nangis ni." Aleeya tertawa sendirian, tetapi air matanya galak turun membasahi pipinya.
Aleeya menggigit bibirnya perlahan, cuba menahan tangisan yang akan tiba.
Dia memegang hatinya, "Ya Allah, it's hurt. Too hurt. Why I can't accept the truth Ya Allah."
Iqbal rasa hatinya sakit melihat air mata yang turun daripada Aleeya. Tapi dia tidak mampu berbuat apa - apa.
Aleeya tarik nafas dalam - dalam.
"Okay, kau kena kuat leeya. Kalau Intan nampak kau macamni nanti dia mengamuk pula." Aleeya memberi kata - kata semangat pada diri sendiri.
Iqbal tersenyum mendengarnya. Comel lah pulak.
Aleeya mula menapak pergi. Matanya langsung tidak melihat ke arah Iqbal. Mungkin dia tidak perasan bahawa ada Iqbal yang bersama dengannya tadi.
"Aleeya, what a nice name." Puji Iqbal apabila bayang Aleeya mula menghilang.
Iqbal termenung seketika.
' Kau suka budak tu ke? '
"Eh mana lah. Tiber je baru jumpa terus suka. Nampak sangat fake."
Iqbal tergelak kecil.
' Tapi kenapa kau rasa sakit tengok air mata dia? '
Kali ini Iqbal terdiam. Soalan dari mindanya itu terlalu KBAT dari soalan SPM sejarah.
"No comment." Itu lah yang dia mampu jawab.
' Yuck, sok artis. '
Iqbal menggulingkan bebola matanya.
"TAK SEKARANG NI MANA JANTAN TAK GUNA TU HAH?! BAPAK PUNYA LAMA SIDAI AKU PON!"
mac 30,
Iqbal menunggang motornya melewati jalan di dalam Universiti.
Dia melihat sekelilingnya dan dia ternampak dua nampak gadis.
Lantas dia menekan brek motornya. Dia menggosok matanya bagi memastikan apa yang dia lihat.
YOU ARE READING
Mrs Isma Mikhael | C
Romanceبِسْمِ الله الرحمن الرحيم - Complete - " setia dengan saya hingga akhir nafas " Tengku Isma Mikhael Nur Iman Humaira Selepas selesai kes putus tunangnya dahulu, Iman menjadi trauma untuk membuka pintu hatinya untuk lelaki-lelaki lain. Iman berjanji...